Khamis, 9 April 2015

ANTARA PERKARA PELIK YANG DILAKUKAN OLEH PENGIKUT BN


Nak dikatakan takde akal, rasanya Allah dah kurniakan dengan cukup sempurna.

Nak dikatakan tiada pendidikan, rasanya ibu bapa dah hantar ke sekolah dan dibekalkan dengan pendidikan yang baik.

Tapi apa yang peliknya masih ada yang tidak mampu menggunakan akal dan fikiran dalam membuat sesuatu penilaian apatah lagi dengan cara yang amat kelakar.

Seperti baru baru ini, satu video yang kononnya DYMM Sultan Johor tidak mahu bersalaman dengan YB Datuk Ahmad Maslan menjadi viral dan ada dikalangan rakan rakan Sangkakala mengatakan bahawa video tersebut diedit yang mana tangkapan semasa bersalaman tersebut telah di potong kemudian di sambung semula hingga menampakkan bahawa DYMM Sultan tidak mahu bersalaman dengan Timbalan Menteri Kewangan tersebut.

Tapi hakikatnya situasi bersalam telah berjaya dirakam oleh jurukamera.


Ada yang mengatakan bahawa Sultan amat murka dengan Ahmad Maslan ekoran perlaksanaan GST yang dikatakan membebankan rakyat.

Sangkakala nak tanya, kenapa Sultan nak murka dengan Ahmad Maslan? Sebab keputusan untuk melaksanakan GST adalah keputusan kabinet.

Tugas Ahmad Maslan adalah untuk memberikan penerangan kepada rakyat tentang GST serta kebaikannya kepada negara dan ada juga yang mengatakan bahawa rakyat masih tidak faham tentang GST.

Sangkakala akui bahawa masih ada yang kurang faham tapi itu bukan disebabkan oleh pelaksanaan pemberitahuan tetapi apabila pembangkang mula menabur dakyah memfitnah kononnya GST membebankan rakyat dan apabila ada yang menerima dua kenyataan maka berlakulah kekurangan kefahaman tentang GST.

Bukan niat Sangkakala untuk memuji Ahmad Maslan, tapi Sangkakala lihat Timbalan Menteri ini bersungguh sungguh untuk memberikan penerangan agar rakyat atau golongan akar umbi faham tentang GST berbanding dengan Menteri Menteri lain.

Baik, kita tinggalkan dulu perkara tersebut, apa yang Sangkakala katakan tadi tentang perkara pelik seperti tajuk tadi.

Pengikut BN boleh dikatakan ada sebagai penyumbang sebaran fitnah yang dilakukan oleh pembangkang baik secara sedar atau tidak.

Seperti contoh, video tentang Ahmad Maslan tadi, Sangkakala lihat ramai dikalangan orang Barisan Nasional sendiri yang berkongsi video tersebut sebagai bahan tontonan dan apabila ada fakta yang mengukuhkan cerita tersebut adalah palsu, kalah pembangkang pula mereka mempertahankan fitnah tersebut.

Seperti juga apa yang berlaku terhadap Perdana Menteri satu masa lalu tentang isu kangkong dimana Perdana Menteri memberitahu bahawa pada ketika itu harga pasaran sayur kangkong turun, tapi ianya menjadi bahan jenaka kepada pengikut Barisan Nasional seolah olah apa yang disebarkan oleh pembangkang pada asalnya adalah benar sedangkan kita tahu bahawa isu tersebut telah dimanipulasi oleh puak puak cubertrooper PR yang sememangnya ingin melihat cerita tersebut tersebar luas.

Jadi disini Sangkakala lihat ada dikalangan penggiat media khususnya pengguna laman facebook yang menyokong kerajaan agak kurang cerdik dalam menangani isu dan menangani fitnah serta dakwah pembangkang untuk memesong pemikiran rakyat.

Sangkakala nasihatkan, kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawet daging, janganlah pula cuba cuba untuk menjadi langau, kalau tak pandai tak perlulah memandai mandai, kalau tak cerdik, sorok sikit supaya tak begitu ketara kelihatan.



2 ulasan:

  1. Kalau akal dah terbantut, jngan dibantutkan pulak akal orang lain...!

    BalasPadam
  2. Pro maslan la admin nie,e

    BalasPadam