Rabu, 4 Mac 2015

KISAH SUB KDN MAKIN PANAS !!! ADA SURAT KELULUSAN MENTERI ??? DS @zahid_hamidi TAHU TAK NI ???

Semalam Sangkakala dah keluarkan satu artikel yang Sangkakala petik dari laman Facebook 'kami anti rasuah' berkenaan dengan kisah Setiausaha Bahagian Keselamatan di Kementerian Dalam Negeri.
Baca DISINI..

Hari ni Sangkakala dapati ada komen dalam blog berkenaan dengab artikel tersebut dan Sangkakala tunjukkan seperti di bawah.



Apa benar ke seperti mana yang didakwa oleh Tanpa Nama dalam gambar yang atas sekali yang mana jelas mengatakan bahawa Datuk SUB kita ni menggunakan nama Menteri untuk kepentingan pribadi?

Dan betul ke sepertimana yang didakwa pula oleh komentar yang kedua?.

Ok lah, Sangkakala nak pegi ke page 'kami anti rasuah' pula.

Apa yang Sangkakala nampak dalam posting terbaru page berkenaan, ada sekeping surat yang dikeluarkan dan dipertontonkan kepada umum melalui akaun tersebut.


Dalam surat berkenaan ada tertulis bahawa 2 buah syarikat telah diberi kontrak kawalam keselamatan MARITIM dan ianya adalah projek printis atau pilot projek.

Satu persoalan lagi wujud apabila kenapa pilot projek seperti ini diberi satu jangkamasa yang agak panjang iaitu selama 5 tahun dan yang paling penting sekali, adakah syarikat ini mempunyai pengalaman? 

Setahu Sangkakala, apabila projek ini dinamakan projek perintis, maknanya syarikat berkenaan juga tidak mempunyai pengalaman memandangkan ianya perkara baharu di Malaysia.

Persoalan lain yang perlu diambil berat ialah, adakah YB Menteri tahu akan perkara ini kerana jelas tertulis bahawa YB Menteri yang memberikan kelulusan dan jika benar YB Menteri memberikan kelulusan, adakah YB Menteri telah mengkaji kemampuan dan keupayaan 2 buah syarikat ini atau hanya mendengatlr nasihat dari Datuk Awang Din semata mata.

Sangkakala bukanlah berniat untuk menghentam sesiapa tapi bagi Sangkalala, jika ada yang cuba merosakkan nama pemimpin BN atau UMNO, maka Sangkakala akan bertindak dan jangan menjadi kehairanan jika lepas ni akan lebih banyak lagi surat menyurat keluar.

Mohon agar YB Datuk Seri Zahid supaya menyiasat perkara ini agar ianya tidak menjadi 'BARAH' yang akan merosakkan nama kementerian.




1 ulasan: