Tapi kini bila harga bahan api kenderaan diturunkan ke paras paling rendah dalam tempoh 10 tahun, harga barangan masih lagi tidak diturunkan oleh peniaga dan ini adalah berpunca daripada pemborong yang tidak mahu menurunkan harga barangan mereka.
Baru baru ini pula, YB Dato' Sri Ismail Sabri tampil meminta orang Melayu supaya memboikot peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, maka melompatlah puak puak Chauvinist tidak mengira parti baik pembangkang mahupun di pihak kerajaan menghentam Menteri Pertanian tersebut.
Hari ini pula seramai 15 anak Melayu pula telah pergi ke Pejabat Perdana Menteri kononnya untuk mendesak Perdana Menteri agar memecat Dato' Sri Ismail Sabri dari memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian ekoran kenyataan atau komen beliau dalam satu posting di Facebook.
Persoalannya sekarang, apa perjuangan Pembangkang khususnya dari golongan Melayu selama ni? Adakah mereka membela rakyat atau mereka mencari populariti politik semata mata?
Kalau nak diikutkan dari apa yang dilakukan oleh mereka sekarang, Sangkakala tak nampak lagi bahawa mereka ini benar benar mahu membela rakyat apabila mereka menempelak seorang Menteri yang membela nasib orang Melayu yang menjadi pengguna majoriti di Malaysia.
Kalau mereka benar benar membela rakyat, mengapa tidak mereka mendesak agar peniaga atau pemborong menurunkan harga barangan kerana sebelum ini mereka juga yang mendesak supaya harga minyak diturunka agar harga barang tidak meningkat.
Tapi apa yang berlaku dapat kita lihat pada hari ini yang jelas di mata kita bahawa mereka seperti tidak berminat untuk membela rakyat malah mereka lebih berminat untuk menjaga politik mereka semata mata dan sekaligus mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku untuk melihatkan bahawa mereka membela sedangkan yanh di bela oleh mereka adalah sebabahagian kecil dari masyarakat iaitu pemborong berbanding daripada pengguna yang begitu ramai.
Juak juak inilah sebenarnya yang akan menghancurkan negara ini kerana kehidupan mereka sebenarnya hanyalah bergantung kepada politik semata mata.
Muka melayu yang guling2 atas jalan dan yang naik bumbung kereta bersama2....? kat UM. Dah kena gantung. Jadi tak ada kerojo lainlah. Mak Bapak budak2 ni kat mana?? Bila diambil tindakan pasal tak belajo.... nanti nangis2 salahkan pihak universiti. Kalau fail exam pun nanti salahkan pihak universiti. Tapi sesetengah pensyarah tu bagi kuliah "Freedom of Speech = Freedom of Lies and Insult". Je suit Charlie??? No.. JE SUIT ISMAIL SABRI AND CLONES OF ISMAIL SABRI!!!!!
BalasPadamBlogger FORENSIC PATHOLOGY berkata...
BalasPadamMuka melayu yang guling2 atas jalan dan yang naik bumbung kereta bersama2....? kat UM. Dah kena gantung. Jadi tak ada kerojo lainlah. Mak Bapak budak2 ni kat mana?? Bila diambil tindakan pasal tak belajo.... nanti nangis2 salahkan pihak universiti. Kalau fail exam pun nanti salahkan pihak universiti. Tapi sesetengah pensyarah tu bagi kuliah "Freedom of Speech = Freedom of Lies and Insult". Je suit Charlie??? No.. JE SUIT ISMAIL SABRI AND CLONES OF ISMAIL SABRI!!!!!
Muka muka ini dah kena beli dgn toke toke DAP.
BalasPadamMelayu mudah kena beli dgn duit ringgit.
Inilah muka muka Melayu haprak.