Sabtu, 7 Februari 2015

KERAJAAN SELANGOR GAGAL KAWAL PBT JAGA SENSITIVITI MASYARAKAT #DSNO #SMS #ubahselangor

Kerajaam Selangor yang telah ditadbir oleh Pakatan Rakyat sejak tahun 2008 hingga kini nampaknya gagal untuk memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT supaya PBT lebih menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negeri tersebut.

Sangkakala mengatakan begitu apabila semalam beberapa orang penduduk Melayu Islam telah berkumpul mengadakan bantahan sebuah kedai yang juga menjual arak dibuka dihadapan masjid dan sekolah agama di Kajang.



Persoalannya, kenapa kedai tersebut di buka berhampiran dengan masjid serta dibenarkan pula untuk menjual arak?

Takkan PBT tidak tahu bahawa premis berkenaan ada menjual arak dan ia sepatutnya di buka di kawasan lain demi untuk menjaga sensitiviti masyarakat Islam.

Dan satu lagi, kemana perginya wakil rakyat yang memanangi kawasan tersebut dalam pilihanraya kecil tahun lepas? 

Wan Azizah yang memakai sarung tangan bertudung litup takkan tak sedar akan perkara ni. Atau sememangnya Wan Azizah sebenarnya tidak peduli dengan sensitiviti masyarakat Melayu di Kajang?

Ini le nasib pengundi dan rakyat khususnya orang Melayu di Kajang, ada wakil rakyat hanya menjadi wakil kepada suami nya untuk mendapatkan imbuhan di Selangor.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan