Tapi perjanjian tersebut diteruskan ekoran syarat yang diminta oleh Tan Sri Khalid telah dipenuhi oleh kerajaan pusat iaitu memperlihatkan perjanjian Kiddex.
Tapi bila sampai ke era kepimpinan Azmin Ali, Kiddex telah di batalkan kononnya perjanjian Kiddex tidak ditunjukkan kepada beliau.
Adakah perjanjian lebih penting atau keselesaan pengguna jalanraya lebih penting? Atau jawapan yang akan diberikan oleh Azmin ialah untuk ketelusan kepada rakyat.
Antara jawapan yang diberikan oleh kerajaan Selangor ialah ada bantahan daripada penduduk yang menentang Kiddex.
Sangkakala nak tanya sikit, bagaimana pula dengan Datum Jelatek yang juga mendapat bantahan? Kenapa ianya tidak dihentikan atau di batalkan? Apakah kerana ada kepentingan terhadap Azmin dan kuncu kuncunya maka Datum Jelatek diteruskan walau mendapat tentangan.
Apa beza antara Kiddex dengan Datum Jelatek? Kenapa bantahan Kiddex diambil kira sedangkan Datum Jelatek dibiarkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan