Selasa, 3 Februari 2015

#bangang LEPAS KETUA PEMUDA GILIRAN PRESIDEN PULAK TUNJUK PANDAI @ismailsabri60 #DSIS


Semalam Ketua Pemuda MCA tunjuk pandai kononnya nak mempertahan peniaga cina yang enggan menurunkan harga barang selepas satu desakan boikot dikeluarkan oleh YB Dato Sri Ismail Sabri.

Hari ni pulak kita dapat melihat Presiden MCA pulak nak tunjuk hero dengan mengatakan bahawa Dato Sri Ismail Sabri sebagai rasis dengan menuduh peniaga cina enggan menurunkan harga barang.

 
Sangkakala nak tanya sikit pada Presiden parti yang gagal pertahan kerusi ni, adakah orang cina tidak menjadi pengguna seterusnya menjadi pembeli kepada barangan? Atau kaum cina di Malaysia tidak perlu kepada penurunan harga barang?

Atau ada kemungkinan juga orang cina dapat membeli dengan harga yang murah apabila membeli barangan di kedai milik orang cina?

Seperti yang Sangkakala katakan sebelum ini, kebanyakan pemborong adalah dikalangan orang Cina dan mereka ini perlu di ajar dengan cara memboikot supaya barangan mereka tidak dibeli oleh pengguna yang majoritinya berbangsa Melayu.

Jadi kalau Presiden MCA ini rasa nak pertahan atau membela bangsa dia, tak jadi masalah tetapi adalah semua orang Cina di Malaysia ini menjadi pemborong dan tidak menjadi pengguna?

Jangan le bangang sangat sampai Melayu jadi meluat dengan MCA, dan perlu diingatkan juga, sekuat mana pun MCA mengampu orang Cina, adakah dapat dipastikan orang cina akan mengundi MCA dalam piluhanraya akan datang atau akan jadi lebih teruk lagi?

Jadi disini Sangkakala nak sarankan supaya Presiden MCA ni bertindak bijak dan matang sikit sebab Ismail Sabri bertindak mempertahankan bangsanya yang menjadi pengguna dan sepatutnya Liow pula bertindak mempertahankan orang cina yang menjadi mangsa kepada pemborong pemborong yang majoritinya adalah orang cina.

Jangan tunjuk kebodohan secara berlebihan Datuk Seri.



2 ulasan:

  1. SOLIDARITI untuk Datuk Seri Ismail Sabri.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    BalasPadam
  2. Saudara Presiden MCA. Adakah benar yang peniaga2 Cina tak nak turun harga barang? Kalau betul sila arahkan mereka (terutamanya daripada ahli2 MCA dan Ketua Pemuda MCA memantau hal ini). Ini kerana saudara mewakili masyarakat Cina yang melaung2kan polisi kerajaan yang menjaga hak rakyat sewaktu PRU13. Sila bantu DS Ismail Sabri menjalankan tugas beliau untuk membantu rakyat. Ini bagus untuk rakyat marhaen. MIC pula suruh peniaga India turunkan harga barang. UMNO suruh peniaga Melayu turunkan harga barang. Bukankah manifesto "rakyat diutamakan dan pencapaian didahulukan" adalah MANIFESTO BN (MCA adalah salah satu komponen parti)??????????? Kenapa janji anda nak diCAPATIkan??? Dulu Tun kata Melayu yang mudah lupa. Sekarang ni, Cina mudah lupa ke?? Please kerjasama antara satu sama lain untuk pengundi2 Rakyat Marhaen seperti kitorang ni. Turunkan harga barang dan tariff elektrik (Ongkili).

    BalasPadam