Ahad, 8 Februari 2015

AKHIRNYA HADI AWANG AKUR DENGAN KEHENDAK DAP #SMS

Selepas beberapa hari kita melihat seolah olah Presiden PAS enggan hadir ke mesyuarat kepimpinan PR, hari ni kita nampak Hadi Awang akhirnya tewas.


Hadi Awang yang selama ni kita tengok macam tidak mahu hadir ke mesyuarat berkenaan akhirnya hadir juga setelah menerima hentaman dan juga ugutan daripada pemimpin DAP yang meminta PAS meninggalkan PR jika Hadi tidak menghadirkan diri.

Perkara ni pun bukan sekali berlaku, dah berkali kali dan tindakan Hadi ini tidak mengejutkan mana mana pihak sebab sebelum ni pun perkara sama berlaku.

Sangkakala ada rasa hairan sikit dengan pendirian PAS yang menerima kecaman serta dihina serta dikutuk oleh pemimpin DAP, namun masih lagi terhegeh hegeh meraih simpati dari parti tersebut.

Apa yang Hadi dan PAS risaukan sangat dengan DAP? Selama mereka tidak bergabung dulu dalam PR, PAS masih mampu untuk menakluki negeri Kelantan dan pernah memerintah Terengganu selama satu penggal.

Jadi apa sangat yang menjadi kerisauan kepada PAS terhadap DAP? Adakah apa apa rahsia yang disimpan oleh DAP terhadap PAS yang tidak diketahui oleh ahli ahlinya selama ni?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan