Maka dalam pilihanraya tersebut berlakulah pertembungan diantara dua parti iaitu diantara BN yang meletakkan Presiden Gerakan yang juga merupakan anak jati Teluk Intan di tentang oleh DAP yang diwakili oleh Diana Sofia yang tak tau dari ceruk mana datangnya.
Seperti biasa, jentera terbesar yang turun membantu calon Barisan Nasional sudah pastilah dari UMNO dan antara jentera yang berkerja keras bagi memastikan kemenangan calon adalah dari kalangan golongan muda yang sedaya upaya mengembalikan kepercayaan golongan itu untuk memastikan kemenangan.
Sangkakala juga tidak ketinggalan dalam memberikan bantuan pada PRK tersebut dan Alhamdulillah berkat daripada usaha dan ikhtiar semua pihak maka menanglah calon Barisan Nasional dengan majoriti undi sebanyak lebih kurang 270 undi.
Kalau nak diikutkan undi majoriti tersebut adalah amat tidak berpatutan bagi seorang Presiden parti tapi walaupun satu undi, menang tetap menang dan kalah tetap kalah.
Tapi adakah daya usaha sahabat sahabat Sangkakala semasa PRK dulu dihargai oleh Presiden Parti Gerakan ini? Disini segala galanya bermula.
28hb Februari nanti akan diadakan sambutan Tahun Baru Cina peringkat KEBANGSAAN, Sangkakala ulangi, peringkat KEBANGSAAN dan sepertimana kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan, ianya sudah pastilah akan memakan belanja sehingga ratusan ribu ringgit.
Mengikut apa yang dituliskan oleh Zamanhuri dalam laman facebook milik beliau, program sambutan Tahun Baru Cina ini tidak mementingkan orang Teluk Intan sendiri malahan ianya dilihat seolah olah melebihkan orang luar.
Mengikut ceritanya katering yang menyediakan sajian juga datangnya dari Padang Rengas, apakah sudah tidak ada lagi syarikat ketering di Teluk Intan hingga menjadi keperluan untuk menjemput orang luar?
Kepada YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong perlu ingat bahawa yang memenangkan beliau di Teluk Intan ialah orang Teluk Intan, jangan sampai nanti kena import jentera pilihanraya dari Padang Rengas untuk menjalankan kerja kerja pilihanraya yang akan datang.
Ini pesan Sangkakala sebab Sangkakala amat mengenali rakan rakan yang ada di kawasan Teluk Intan, sekali mereka patah hati, takkan ada apa benda yang mampu untuk memulihkan hari mereka kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan