Rabu, 10 Disember 2014

HANIZA TALHA LEBIH PENTINGKAN ORANG LUAR

Nampaknya ADUN Taman Medan, Haniza Talha lebih mementingkan orang di luar kawasan daripada pengundi beliau di kawasan sendiri.

Kejadian banjir yang melanda kawasan Taman Medan dikatakan sedikit pun tidak mendapat bantuan dari ADUN PR ni, tapi banjir di kawasan Bentong Pahang beriya iya Haniza Talha menghulurkan bantuan.


Ini diakui sendiri oleh orang Taman Medan apabila ada yang mengatakan bahawa tiada bantuan yang diterima daripada ADUN Taman Medan kepada mangsa banjir.

Apa dah jadi ni? Agaknya lepas ni Haniza nak bertanding di Pahang pula agaknya tu yang sampai bagi bantuan sedangkan orang dalam kawasan sendiri dibiarkan.

Ini semua bak kata pepatah, kera dihutan disusukan anak dirumah mati tak makan.

Sepatutnya sebagai seorang ADUN kerajaan, Haniza boleh menyalurkan segala bagai peruntukan dan bantuan kepada para pengundi yang teribat dalam banjir di Taman Medan, tapi sekarang lain pulak jadinya.

Kalau orang Taman Medan sendiri tak boleh nak nilaikan ADUN PR ni, Sangkakala pun tak tau nak kata apa dah, kira nasib je lah.


1 ulasan:

  1. Biase la orang nk nama,lg pn di bentong nie banyak org PR..lebih2 lg di felda lurah bilut..ADUN DAP bentong nie tak pandai buat keja agak nya..sbb to ADUN taman medan turun..hahaha..tempat sendiri tak di jaga..tempat org yg di ambil kisah.

    BalasPadam