Ahad, 21 September 2014

TAPAK #selawatperdana BANJIR SELEPAS HUJAN DI KUALA KUBU BHARU

Malam tadi, trailer membawa rombongan Yayasan Perdana Ummah yang menjalankan program Selawat Perdana telah berada di Mini Stadium Kuala Kubu Bharu Ulu Selangor.

Walaupun hujan telah mula turun membasahi sekitar kawasan Kuala Kubu Bharu, namun ianya tidak memtahkan semangat orang ramai untuk sama sama hadir ke program tersebut.











Namun hujan sebenarnya tidak mematahkan semangat kumpulan yang berselawat dan mereka tetap meneruskan acara tepat jam 9.15 malam dalam keadaan hujan dan padang basah dan berair.



Para pengunjung yang datang untuk sama sama berselawat juga tidak cepat mengalah dan dalam keadaan hujan mereka turun dari tempat duduk stadium dan bergerak ke padang dengan menggunakan payung mereka terus mara hampir ke tempat trailer yang menempatkan ahli kumpulan selawat.




Pun begitu, mereka yang tidak mempunyai payung masih tetap setia menunggu hujan reda untuk mereka bersama sama dengan para pengunjung yang lain untuk berada di padang.







Hujan telah berhenti sepenuhnya pada jam lebih kurang 10 malam dan dikala ini Sangkakala dapat melihat ribuan manusia mula memenuhi padang walaupun hujan tidak berhenti sepenuhnya dan masih renyai renyai.

Tempat duduk berupa tikar yang disediakan juga telah habis basah namun semua pengunjung tidak memperduliakn perkara tersebut dan mereka terus khusuk berselawat bersama sama dengan kumpulan selawat daripada Yayasan Perdana Ummah.







Bagi Sangkakala, walaupun hujan turun dengan lebatnya di mini stadium Kuala Kubu Bharu pada malam tadi, program Selawat Perdana berjaya diadakan dan berjaya mengumpul ribuan orang untuk bersama sama berselawat.

Program ini juga telah dihadiri oleh ADUN kawasan Batang Kali yang turut bersama sama dengan para pengunjung dan ianya diakhiri dengan sedikit ceramah oleh seorang tokoh agama dari Jordan.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan