Selasa, 23 September 2014

SAMPAI GILIRAN DAP KENA MAIN DENGAN PKR

Dengar cerita selepas upacara mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru,  Azmin Ali telah mengeluarkan senarai Jawatankuasa Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa 23 September 2014
 
Dan senarainya adalah seperti berikut...

Menteri Besar - YB Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri Besar - YB Dr. Xavier Jayakumar

Speaker - YB. Hannah Yeoh Tseow Suan
Timbalan Speaker - YB. Nik Nazmi Nik Ahmad

Barisan Exco:
1. YB. Dr. Idris Ahmad
2. YB. Dr. Daroyah Alwi
3. YB. Amirudin Shari
4. YB. Saari Sungib
5. YB. Ng Sze Han
6. YB. Rajiv a/l Rishyakaran
7. YB. Lau Weng San
8. YB.Hasnul Baharudin

Oklah, Sangkakala terima semua AJK tersebut, tapi agak pelik apabila seorang EXCO dari DAP tidak dikekalkan oleh Azmin jika benar senarai EXCO Kerajaan negeri seperti diatas dan seorang lagi senior dari DAP tidak tersenarai.

Salah seorang EXCO tersebut ialah Dato' Teng yang pernah menjadi speaker pada penggal 2008-2013 dan kemudiannya diangkat menjadi EXCO kanan yang dengan portfolio PBT.

Kenapa nama beliau tiada dalam senarai sedangkan beliau adalah pemimpin tertinggi DAP Selangor dan menjawat jawatan sebagai ADUN selama beberapa penggal?

Adakah disebabkan beliau pernah mengikuti Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian air diantara kerajaan Selangor dengan kerajaan Pusat, maka beliau telah disingkirkan daripada memegang jawatan tersebut?

Seorang lagi ialah ADUN Sekinchan yang dulunya pada penggal 2004-2008 antara salah seorang wakil dari dua orang wakil rakyat PR dimasa itu.

Kenapa beliau juga tersingkir? Dan kenapa Sangkakala lihat orang orang baru yang diletakkan sebagai EXCO Kerajaan sedangkan hanya beliau dan Dato Teng sahaja yang berperang dalam sidang DUN pada penggal 2004-2008.

Adakah Ng Sue Lim tidak layak menjadi EXCO sedangkan dari apa yang dimaklumkan sebelum ini bahawa beliau akan dijadikan Timbalan Menteri Besar jika mereka menyokong Wan Azizah atau PKR selaku Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim?

Nampaknya DAP pula kena main kali ni dan Sangkakala rasa itu adalah yang terbaik sebab DAP memang tidak boleh dipercayai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan