Jumaat, 5 September 2014

PELANCONGAN !!! ANAK MUDA BERDIKARI DENGAN TAPAK TANGAN

Lawatan Sangkakala ke Pulau Langkawi berakhir hari ini dan bagi Sangkakala lawatan kali ini amat bermakna apabila melihat seorang anak muda yang berdikari dengan membuat arca tapak tangan memggunakan lilin.

Bertempat di pintu masuk untuk menuju ke tempat kereta kabel Langkawi, anak muda ini yang berumur dalam lingkungan 20an gigih menyambut kehadiran para pelawat dengan senyuman dan kepetahan beliau melayan para pelanggan.


Sangkakala juga tidak melepaskan peluang untuk membuat arca lilin berbentuk tapak tangan Sangkakala sendiri dan hasilnya amat memuaskan dengan pembuatan yang amat halus dan teliti,  almaklumlah jari Sangkakala ni bukan mudah untuk dibentuk menggunakan lilin namun anak muda ini berjaya membuat bentuk jari dan tapak tangan Sangkakala dengan baik.


Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan harga terendah yang ditawarkan adalah bermula dengan RM 10 hingga RM 60.


Para pelanggan juga boleh meminta pelbagai bentuk wax hand mengikut kesukaan masing masing.


Tapi tadi Sangkakala terlupa pulak nak tanya nama anak muda ni dan kalau anda mahu tahu siapa nama beliau dan bagaimana beliau membuat wax hand tersebut bolehlah pergi ke pintu masuk kereta kabel Langkawi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan