Khamis, 4 September 2014

PAS BUAT KERJA DALAM DIAM #langkahkajang #sultanmurka

Dalam diam PAS buat kerja sampai Anwar dan gerombolannya terkedu tak sempat berbuat apa apa.

Nampaknya Haji Hadi lebih cekap mentadbir parti dari Anwar dan Anwar kini sudah dibayangi kekecewaan yang teramat tinggi jika DUN Selangor dibubarkan.


Pada awalnya PKR telah mengatakan bahawa semua ADUN PAS dan DAP bersetuju dengan penamaan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim, tapi dengan kenyataan yang dilakukan oleh PAS ternyata Wan Azizah juga telah berbohong hanya semata mata mahu menjawat jawatan sebagai Menteri Besar.

Terdesak sangat sampai sanggup menipu Sultan dan adakah dengan cara menipu Sultan akan melayan kehendak rakus Anwar dan PR?

Jawapannya sudah pasti tidak, kerana DYMM Sultan telah menitahkan supaya setiap parti dari PR menghantar 2 nama untuk dijadikan calon sebagai Menteri Besar.

PAS dikatakan telah menghantar 3 nama kepada Istana Selangor untuk pertimbangan DYMM Tuanku sebagai Menteri Besar dan ini sudah tentu mengecewakan PKR dan DAP kerana mereka selama ini hanya menamakan Wan Azizah bagi mengisi jawatan tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan