Ahad, 14 September 2014

APA KHABAR POK NIK ??? PEMIMPIN PAS BOLEH BUAT ?? #langkahkajang #sultanmurka

Beza diantara pemimpin PAS dan UMNO memang ketara tambahan pula dalam adap sopan dan tatasusila sesama manusia.


Kita selalu mendengar yang mana para pemimpin PAS, PKR dan DAP mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang mementingkan diri, tidak membela rakyat bahkan Nik Aziz sendiri mengatakan bahawa UMNO itu kafir.

Tapi pemimpin UMNO tidak berdendam dengan pemimpin PAS malah pemimpin UMNO sentiasa memberikan kemaafan terhadap pemimpin PAS walau pun mereka telah banyak kali melukakan hati pengikut UMNO dan ini adalah perbezaan ketara diantara kedua dua Parti tersebut.

Pemimpin UMNO juga tidak pernah memberikan contoh yanh tidak baik seperti bermusuhan sesama Islam dan sebagainya tetapi kalau ada yang bersikap sebegitu kita tak boleh nak kata apa sebab setiap manusia mempunya perangai yang berbeza.

Tapi macam pemimpin PAS pula lain, mereka ni pulak yang berlebih lebih dalam menunjukkan bahawa mereka itu maksum dan Parti lawan itu terlalu hodoh dan buruk bukan sahaja di mata mereka tapi juga disisi yang Maha Esa.

Ini yang membuatkan ada dikalangan pengikut PAS yang taksub akan melakukan pelbagai perkara pelik seperti tidak memakan sembelihan orang UMNO, tidak mengaku saudara, sembahyang dengan dua imam dan sebagainya.

Ini semua bujan ajaran Islam yang sebenar, ini adalah ajaran pemimpin PAS yang mahukan kuasa dan mementingkan jawatan semata mata.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan