Dalam Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2012 di PWTC, Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden telah mengemukakan cadangan untuk menghapuskan akta hasutan maka kali ini selaku Presiden parti, beliau ingin melaksanakan cadangan tersebut.
Salah ke Perdana Menteri nak tunaikan cadangan yang tidak ditolak oleh perwakilan masa dalam Dewan Merdeka PWTC semasa perhimpunan tahun 2012?
Tapi seperti biasa, apabila ada dikalangan perwakilan pada masa itu yang hanya tidur didalam dewan maka apa yang disebut oleh Presiden tidak dapat didengar almalumlah dengan penghawa dingin yang kuat, amat selesa untuk melabuhkan tirai mata memandangkan nak tidur di Hotel Putra perlukan modal yang agak besar.
Tapi mereka mereka yang tidur didalam dewan inilah yang melompat tak tentu pasal hari ini apabila Perdana Menteri nak melaksanakan cadangan tersebut.
Yang diluar dewan pula kebanyakannya sibuk mencari kenalan baru untuk melobi projek hingga tak tau apa yang berlaku didalam dewan.
Yang ketua ketua bahagian pula bila berucap sudah pasti akan menyebut "kami sentiasa menyokong kepimpinan Datuk Seri Presiden dan kami akan berdiri teguh bersama Presiden" itu ucapan yang selalu disebut sebab kononnya kalau sebut macam tu akan berpanjanganlah jodoh dengan kerusi tertinggi di bahagian.
Bukan Sangkakala nak kritik berlebihan tapi itu adalah kenyataan, berapa orang yang berhujah membantah cadangan Perdana Menteri untuk memansuhkan akta hasutan?
Berapa ramai pulak orang UMNO yang berbicara melalui media sosial tentang akta hasutan yang dicadangkan untuk dimansuh oleh Perdana Menteri pada tahun 2012?
Kenapa hari ini barulah muncul keyboard warrior yang mengatakan bahawa mereka nak pertahan akta hasutan dari dimansuhkan?
Hari ni kita lihat bahawa Perdana Menteri telah dilabel sebagai bapa pemansuhan, nak tanya sikit, ada ke ahli UMNO yang sampai nak bergaduh bertumbuk untuk jadi perwakilan G7 membantah semasa mereka berada didalam Dewan Merdeka PWTC pada tahun 2012?
Tak payah nak beriya sangatlah wahai ahli UMNO yang menjadi pahlawan bermusim, kerana kamu jugalah Presiden buat keputusan ini dan bukannya kerana mengikut kehendak PR, kalau kamu yang berjumlah ribuan orang dalam Dewan Merdeka tahun 2012 bangkit menentang, maka sudah pastilah Presiden sendiri yidak akan berani nak mansuhkan akta tersebut.
Tapi bila kamu tidur dan berhujah dengan cara mengampu tak bertempat, maka sudah pasti Presiden menyangkakan bahawa kamu semua juga inginkan akta tersebut dimansuh sepertimana kehendak pembangkang.
Salahkan diri sendiri terlebih dahulu kemudian barulah salahkan orang lain.
Sangkakala cabar mana mana jurucakap negeri untuk membahaskan perkara ini dalam ucapan mereka di PWTC semasa perhimpunan Agung nanti dan kita tengok ada tak sesiapa yang berani nak tegur Presiden, jangan asyik ayat kami menyokong kepimpinan Presiden, itu semua ayat cari makan, kalau tak sokong, Presiden pun takkan duduk di kerusi Presiden sekarang.
Ayat popular pewakilan umno nanti, I love pm. Setuju juga ayat kami berdiri di belakang presiden. Semua presiden buat, kami teguh di belakang presiden
BalasPadamsedition act dan ISA sangat perlu untuk negara majmuk seperti Malaysia. Kalau tidak semua orang pakat berdemontrasi hari-hari, hasut sana sini. Sudahnya negara jadi huru hara.... yang turun berdemo pulak tak sedar mereka hanyalah proksi kepada ANWAR IBRAHIM....
BalasPadamkekalkan akta hasutan untuk keharmonian bangsa dan keamanan negara..!!!!!