Apabila PAS pusat mengumumkan bahawa mereka menyokong Menteri Besar Selangor sedia ada sekarang ini melepaskan jawatan dan digantikan dengan dua nama iaitu Wan Azizah serta Azmin Ali maka ketawalah Anwar Ibrahim yang sememangnya menunggu jawapan tersebut.
Mungkin PAS lupa atau buta bahawa dalam pemilihan PKR baru baru ini (sehingga kini belum selesai) permainan Anwar Ibrahim jelas nampak ketara.
Anwar bijak dalam mempergunakan kekuatan beliau dalam PAS untuk menidakkan suara Presiden PAS sendiri apabila mendapat 10 sokongan daripada 37 ahli jawatan kuasa PAS pusat dimana Haji Hadi terpaksa menurut kehendak 27 ahli jawatan kuasa yang lain.
Untuk memperlihatkan bahawa tiada unsur unsur hasutan dari Anwar maka 27 AJK PAS pusat ini dikatakan meletakkan 2 nama iaitu Azmin dan Wan Azizah.
Berbalik kepada pemilihan PKR baru baru ini, Anwar telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden sebab ada ura ura mengatakan bahawa Azmin Ali akan turut bertanding merebut jawatan tersebut.
Tapi akhirnya Anwar menarik diri kononnya beliau akan dikenakan hukuman penjara atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.
Ini adalah permainan biasa dimana penawaran diri oleh Anwar disebabkan takut ada orang lain yang akan bertanding untuk melawan Wan Azizah sebagai Presiden parti dan apabila keadaan telah kembali reda maka Anwar menarik diri dari bertanding jawatan tersebut.
Begitu juga keadaannya dengan situasi atau kemelut dalam pemilihan calon Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim di Selangor, dengan meletakkan 2 nama maka tidaklah ketara nanti orang akan mengataka bahawa ianya adalah permainan Anwar.
Diakhirnya nanti, Azmin akan membuat kejutan apabila melihat sokongan diberikan kepada beliau dengan cara sama iaitu menarik diri dan kemudiannya akan memberikan laluan kepada Wan Azizah kerana beliau memegang jawatan Presiden PKR dan Azmin akan memberikan alasan bahawa itu adalah cara beliau menghormati Wan Azizah sebagai presiden.
Kita semua tahu bahawa Azmin juga pernah berura ura untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana beliau adalah seorang ADUN dan memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR tapi segala galanya musnah apabila Wan Azizah bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang.
Kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR dilihat tidak mampu untuk menarik perhatian disebabkan oleh kemenangan Wan Azizah sebagai ADUN.
Kini 2 nama telah disediakan oleh PKR yang mana kedua dua mereka ini kononnya telah mendapat persetujuan dari ketiga tiga parti gabungan PR sebagai nama yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.
Seperti yang Sangkakala katakan tadi, ianya amat nudah untuk dibaca tambahan pula sudah pasti ada rahsia peribadi Azmin di tangan Anwar yang akan membuatkan Azmin menarik diri di saat akhir kemelut ini nanti.
Apa apa pun kita tunggu apa lagi permainan yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menjatuhkan Khalid.
Cerita banyak pun tak guna.. Pilih satu antara dua. Ramai yang nak tahu nih! Supaya jelas....Ko sokong Najib atau Mahathir? Kah kah kah..
BalasPadamMelampau plak gambar tu.... Reverse psychology dari RBA. Kita terjebak
BalasPadam