Mungkin tidak ada yang seberani itu namun isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur mampu untuk menghantar sms kepada orang kanan Presiden Rusia dan meminta presiden tersebut untuk memberikan status tragedi kemalangan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine.
Mungkin ramai yang mengatakan bahawa Datin Seri Rosmah cuba menunjukkan bahawa beliau hebat dan pada Sangkakala pula memang tindakan tersebut hebat dan tidak semua isteri pemimpin dunia mampu untuk melakukannya.
Ada juga ura ura dan desas desus mengatakan bahawa Datin Seri Rosmah mencampuri urusan negara, tapi sebagai seorang isteri kepada pemimpin negara dan sebagai rakyat Malaysia, keupayaan yang ada pada Datin Seri Rosmah telah digunakan sepenuhnya oleh beliau memandangkan pesawat yang ditembak jatuh itu adalah milik Malaysia dan ada mangsa yang terbunuh dalam nahas tersebut adalah rakyat Malaysia dan sebagai isteri pemimpin nombor satu negara, tindakan berkenaan adalah amat tepat dan bersesuaian dengan keadaan dimana semua rakyat Malaysia memerlukan maklumat tentang apa yang berlaku sebenarnya.
Hubungan baik diantara Datin Seri Rosmah dengan orang paling rapat presiden Rusia itu dilihat telah memberikan manafaat kepada rakyat Malaysia yang rata rata tertunggu tunggu dan tertanya tanya keadaan apa yang berlaku sebenarnya.
Tindakan Datin Seri Rosmah itu bagi Sangkakala tidak perlu dipolitikkan apatah lagi untuk dipersoalkan kerana jika ada sesiapa yang mampu untuk lakukan perkara sama adalah tidak dihalang sama sekali.
Ekoran dari sms yang dihantar oleh Datin Seri Rosmah kepada orang kanan Putin telah memaksa presiden Rusia berkenaan menelefon Perdana Menteri bagi menjelaskan kedudukan sebenar untuk disampaikan kepada rakyat Malaysia.
Hanya segelintir sahaja yang mempunyai motif politik melihat tindakan tersebut merosakkan tapi jika sebagai rakyat Malaysia yang mahukan jawapan bagi Sangkakala tindakan tersebut adalah yang paling tepat.
butoh pak hang admin
BalasPadamKah kah kah.. Kalau nak bodek pun, agak2 la.. Sebelah mata pun Putin tak pandang betina pemboros duit negara tu.. Huhuuu..
BalasPadam