Selasa, 29 Julai 2014

PAS AKHIRNYA BERGABUNG DENGAN UMNO

Satu printscreen mesej yang menggunakan aplikasi whatsapp dikatakan milik Dr Zuhdi sedang tersebar luas di laman sosial facebook yang menunjukkan bahawa ahli jawatan kuasa PAS tersebut sedang membincangkan apa tentang bagaimana penggabungan diantara PAS dan UMNO boleh berlaku.


Apa yang menjadi kehairanan disini, takkan printscreen tersebut begitu mudah diperolehi, atau adakah telefon Dr Zuhdi telah hilang dan dijumpai oleh orang yang tidak dikenali hingga membuatkan printscreen tersebut disebarkan.

Sangkakala terbaca berita ini dalam akhbar online Malaysiakini yang menunjukkan bahawa perkara ini seolah olah benar berlaku.

Kita semua tahu bahawa kemelut yang melanda negeri Selangor kini amat meruncing apabila Anwar yang tamakkan kuasa telah meletakkan isteri beliau sebagai calon Menteri Besar.

PAS di Selangor mempunyai lebihan kerusi berbanding dengan PKR dan ini sebenarnya membolehkan mereka memiliki kerusi Menteri Besar.

Dalam perihal kekecohan tentang Menteri Besar ini pula, Anwar telah memanggil mesyuarat majlis presiden tetapi yang datang mewakili PAS adalah Mat Sabu yang jelas selama ini bukanlah seorang pembuat keputusan dalam PAS.

Hadi pula selepas itu telah membuat kenyataan bahawa PAS menyokong Khalid sebagai Menteri Besar dan kenyataan ini telah disokong oleh Mursyidul Am PAS fan Menteri Besar Kelantan yang mana mereka berdua juga menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika dilihat kemelut dalam pakatan ini, adalah tidak mustahil juga penggabungan diantara PAS dan UMNO demi kearah satu penyatuan dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih stabil dan kukuh.

Kita semua tahu dalam pentadbiran Khalid Ibrahim sekarang ini pun, banyak tangan tangan ghaib dari PKR dan DAP mencampuri urusan namun tidak dipedulikan oleh Menteri Besar berkenaan dan ini telah membuatkan Anwar dan gerombolannya tidak berpuas hati dengan Khalid.



11 ulasan:

  1. Kita doakan sama2 dibulan yang mulia ini. Bukang bergabong dg UMNO tapi dg BN.

    BalasPadam
  2. Jika pas umno bergabung, semuanya adun adalah melayu islam, ini akan menggusarkan kaum lain terutama sekali DAP, MCA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini hasrat dan harapan kita selama ini.Demi survival Melayu/Islam di Selangor,orang2 Melayu/Islam tiada pilihan kecuali UMNO/BN bergabung dgn PAS.

      Padam
  3. Kehadiran pas dlm kerajaan BN amat dialu2kan...mana2 parti pun ada kepincangan...kalau sama2 bersatu in shaa Allah bangsa melayu @ISLAM pasti kuat dan x mudah utk diperlekehkan...wlpn BN mgkn ada segelintir yg x telus mgkn kehadiran pas dapat membantu ketelusan itu...bersatulah kita dari bersatu dgn puak kafir yg sememangnya hendak menjatuhkan ISLAM...sudah pastu sifat yahudi tu ada dlm diri mereka...

    BalasPadam
  4. Semuga menjadi kenyataan.. amin.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..semoga ia menjadi kenyataan..aminn...

    BalasPadam
  6. Bérsatulah islam sémua parti
    kita bangunkan mélayu berdikari..

    BalasPadam
  7. Sokong! Sokong!Sokong! Kita jemput sekali isma, perkasa dan lain2 yg menyokong agama dan bangsanya!

    Dan jangan jemput parti dajjal PKR! Selagi mereka bertuankan anwar ibrahim yg dilaknati Allah SWT!

    Pilih lah siapa jua ketua di antara kamu dan kami akan terima!

    Yang penting islam dan melayu bersatu di bumi selangor!

    BalasPadam
  8. Lakukan gabungan kerana Allah.insyaallah...islam,melayu dan negara terbela.

    BalasPadam
  9. jika penggabungan ini menjadi kenyataan,,harus di ingatkan kpd parti2 komponen dlm BN supaya mereka semua jgn bimbang atau berasa kurang selesa serta mendengar hasutan yg menjengkelkan,,ini kerana BN/UMNO telah membuktikan bhw selama ini,,rekod pentadbiran mereka menerajui negara ini serta rakyat,sangat2 cemerlang dan tidak ada lgsg meminggirkan bangsa2 lain atau meninggalkan kaum lain malah membawa serta mengajak semua kaum yg ada bersama2 mengecapi kemakmuran serta peluang2 yg ada di dlm negara ini..

    BalasPadam