Rabu, 23 Julai 2014

@NajibRazak TERIMA HADIAH HARI LAHIR DARI PUAK PEMISAH #MH17 #pray4mh17

Tak berapa lama insiden menyayat hati membabitkan nahas sebuah pesawat penumpang yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine, hari lahir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun tiba.

Dalam kelam kabut dunia memberi tekanan kepada puak pemisah supaya menyerahkan mayat mangsa serta kotak hitam pesawat yang menyimpan segala data penerbangan, Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri telah melakukan rundingan dengan puak pemisah agar mayat serta kotak hitam diserahkan kepada wakil dari Malaysia yang kini berada di Ukraine.

Apa yang menjadi kebanggaan ialah, puak pemisah yang selama ini kita ketahui tidak pernah gentar atau mahu berlembut dengan mana mana pihak, akhirnya akur dengan permintaan Perdana Menteri tanpa syarat, dan ini bagi Sangkakala adalah hadiah hari lahir Perdana Menteri dari puak pemisah tersebut.


Namun bukan itu cerita utamanya, apa yang perlu kita lihat ialah, bagaimana sebuah negara kecil seperti Malaysia disanjung dan dihormati bukan sahaja oleh kerajaan negara luar, malah puak pemisah juga menghormati Malaysia dan ini semua sebenarnya belum tentu dapat dilakukan oleh negara negara kuasa besar yang hanya akan menghantar bala tentera mereka dalam menyelesaikan sesebuah masalah.

Sikap toleransi yang diamalkan oleh Malaysia dengan sikap setiakawan telah memperlihatkan bahawa kita adalah sebuah negara yang senang melakukan rundingan secara baik dalam menyelesaikan kemelut yang melanda dan ada kemungkinan juga kerana ini maka puak pemisah tersebut juga mengenali dan mengetahui bagaimana perjalanan kerajaan Malaysia dalam melakukan rundingan.

Tapi adalah amat malang apabila ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak bersyukur, malah tidak berterima kasih kepada pihak kerajaan dan bukan itu sahaja, mereka ini sanggup mencemuh, mengeji dan menghina kepimpinan kerajaan yang ada sekarang tanpa sedikitpun mereka memandang akan kebaikan yang telah dilakukan.

Di saat ini Sangkalala ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan insysaallah, rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan padu kepada PM.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan