Isnin, 21 Julai 2014

#MH17 #pray4mh17 KERANA MULUT MACAM SIAL !! NGA KOR MENG DAPAT HABUAN

Oleh kerana terlalu taksub hendak meruntuhkan kerajaan sampai lupa sensitiviti keluarga mangsa MH17, maka satu kenyataan menghamun si Nga Kor Meng.


Mungkin ahli keluarga mangsa sudah mula merasa muak dengan cara pemimpin atau ahli parlimen pembangkang yang ajan mempolitikkan apa jua isu tidak kira sama ada ianya akan menganggu sensitiviti masyarakat atau tidak.

Apa yang penting bagi mereka (pembangkang) adalah peluang untuk menyalahkan kerajaan walaupun kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk semua pihak.

Persoalannya adakah jika mereka (pembangkang) memerintah maka kejadian malang seperti yang menimpa MH17 tidak akan berlaku? Adakah kehilangan MH370 juga tidak akan berlaku? Jawapannya ialah itu semua ketentuan Tuhan dan tidak ada sesiapa yang mampu untuk menghalang perkara tersebut.

Kerajaan pada hari ini telah berusaha sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan masalah terutamanya keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang, namun pemimpin pembangkang masih terus berpolitik hingga mereka sendiri lupa bagaimana untuk turut membantu keluarga mangsa yang dalam kesedihan dan tauma akibat kehilangan anggota keluarga dalam nahas yang menyayat hati tersebut.

Mungkin dengan hamburan seperti yang dikeluarkan oleh salah seorang keluarga mangsa mampu menyedarkan pemimpin pembangkang dan mungkin juga dengan mejunamkan mereka satu masa nanti dalam arena politik akan membuatkan mereka sedar betapa berharganya rakyat Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan