Khamis, 17 Julai 2014

MELAYU TETAP DENGAN ADAP MELAYU #CDM25

Sejak semalam kecoh dalam media sosial terutamanya laman facebook yang memuat naik video tentang seorang wanita Melayu mengamuk apabila kenderaan beliau terlibat dalam kemalangan dengan seorang lelaki cina.

Pergeseran diantara kereta wanita dan lelaki cina tersebut telah membuatkan wanita berkenaan naik berang lalu menyerang kenderaan milik lelaki cina dengan menggunakan kunci stereng kenderaan dan aksi tersebut telah dirakam serta dimuat naik ke dalam akaun facebook.


Dan bermulalah peristiwa memaki hamun dan menempelak wanita yang dikenali sebagai Kiki ini dengan pelbagai kata kata, tidak kurang juga ada yang memuji perbuatan Kiki yang dikatakan cuba mempertahankan hak beliau sebagai pengguna jalanraya.

Bagi Sangkakala pula salah tetap salah, dan kesalahan Kiki adalah menggunakan kekerasan dengan menyerang kenderaan milik lelaki cina berkenaan sedangkan masih ada saluran lain yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah.

Tapi dengan meletakkan keseluruhan kesalahan tersebut kepada Kiki juga adalah satu tindakan yang tidak wajar dimana setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan dan ianya kadang kala tidak disengajakan.

Mungkin juga Kiki mengalami tekanan pada ketika itu hingga beliau hilang pertimbangan dan telah melakukan kesilapan yang akhirnya membawa padah pada beliau apabila kelakuannya itu mendapat riaksi meluas pengguna laman facebook, twitter dan sebagainya.

Tapi atas sikap yang ditunjukkan oleh lelaki cina yang terlibat sama dalam insiden utu dilihat amat mengagumkan dimana beliau sedia memaafkan Kiki dan ada kemungkinan kerana faktor umur yang matang maka lelaki cina berkenaan lebih memahami situasi dan sikap ini harus dicontohi oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Apa yang dapat kita lihat ialah, apabila lelaki cina tersebut sudi memaafkan Kiki maka secara tidak langsung ianya juga telah membuatkan Kiki sedar akan kesilapan beliau dan seterusnya meminta maaf kepada lelaki cina tersebut dan perjara ini Sangkalala anggap telah selesai dengan penuh harmoni dalam suasana penuh penghormatan diantara dua kaum dan dua darjat umur.

Jadi disini kita perlu mengambil iktibar, tidak semestinya yang salah tetap terus bersalah dan tidak ada yang keruh tidak mampu untuk dijernihkan dan dengan sikap toleransi diantara kedua mereka ini diamalkan, Sangakakala yakin kehidupan kita semua di negara ini akan lebih aman dan damai.

Kepada yang telah mengeluarkan pelbagai kata kata mengutuk dan menghina Kiki, Sangkakala rasa sudah sudahlah tu sebab walaupun betul beliau melakukan kesilapan tapi adap Melayu masih ada dalam diri beliau dimana beliau sendiri telah memohon maaf kepada lelaki cina tersebut dan ianya adalah amat bersesuaian dengan kata kata "yang muda menghormati yang tua" dan Kiki telah menunjukkan kelakuan tersebut walaupun pada asalnya terjadi pertelingkahan.



1 ulasan:

  1. Melayu bongok je yang menyembah manusia! Kah kah kah kah..

    BalasPadam