Sabtu, 12 Julai 2014

KALAU DAH HANDAL JANGAN LE LARI

Sedang panas di laman facebook kini yang mana menunjukkan seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Padi Jantn telah mengeluarkan kenyataan dalam akaun facebook milik beliau yang berbaur ugutan untuk melakukan sesuatu yang buruk terhadap Menteri Besar Kedah.

Pemilik akaun facebook ini juga dikenali sebagai Mohd Taufik kini dilaporkan melarikan diri setelah beberapa laporan polis dibuat atas kenyataan beliau di laman facebook.

Tapi yang buatkan Sangkakala nak ketawa ialah pada awalnya si Padi Jantn ni bukan main lagi gahnya dengan mengatakan bahawa beliau bertanggungjawab dengan penulisan beliau tetapi mungkin setelah melihat bahawa ramai yang mengambil berat tentang perkara ini, Padi Jantn telah mengatakan bahawa gambar yang dimuat naik oleh beliau sendiri adalah gambar yang telah diedit oleh orang orang UMNO.

Dalam menunjukkan keberanian dan kekuatan, akhirnya dia ni dah mula nampak goyang dan mungkin dah nula terbayang pintu lokap terbuka luas untuk menyambut kehadiran Padi Jantn pada bila bila masa.

Lain kali bila berani buat kena berani tanggung..jangan nak kan nama je sampai buat benda benda bodoh macam tu bro.

Kononnya nak memperjuangkan tanah wakaf yang telah dijual kepada seorang usahawan berbangsa cina, tapi tersilap langkah apabila tanah tersebut sebenarnya dijual semasa zaman PAS memerintah Kedah iaitu pada tahun 2011 dan kini pembinaan sedang dilakukan diatas tanah tersebut.

Padi kononnya meminta kerajaan negeri menebus kembali tanah tersebut dengan membayar pampasan atau membeli kembali tanah yang dimaksudkan tapI seperti biasa..kalau tuan punya tanah atau pemilik baru tidak mahu mengembalikan tanah tersebut, maka tidak ada sesiapa mampu untuk berbuat apa apa.

 Menurut apa yang diketahui, pihak madrasah salihin telah menerima pampasan sebanyak 1.4 juta ringgit serta sebidang tanah sebagai ganti kepada tanah yanh di beli oleh seorang lelaki cina dari Pulau Pinang.

Kalau dah macam tu nak kata apa lagi? Madrasah tu sengaja nak cari untung atau si Padi ni yang memang bengong atau mungkin ada janji yang telah dibuat oleh Padi kepada pihak madrasah berkenaan hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan.

Apa apa pun, Sangkakala harap Padi Jantn pergi menyerah diri ke balai polis supaya perkara ni tak menjadi lebih serius lagi.


1 ulasan:

  1. Sir Awie Kepala Bana13 Julai 2014 pada 11:44 PTG

    Bloger UMNU sekor tu dah sengkek gamaknya. Kalau 2 hengget se posting pun UMNU tak mampu nak bayar, memang patut la sibedebah tu hangin satu badan ke guaner? Kah kah kah.

    BalasPadam