Rabu, 9 Julai 2014

#DSIS @Ismail_Sabri60 PENANAMAN HERBA MAMPU JANA PENDAPATAN LUMAYAN


Siapa sangka rupanya penanaman herba juga mampu untuk memberikan keuntungan berlipat kali ganda asalkan kita rajin berbudi kepada tanah.

Kerajaan telah memberikan peluang yang amat cerah kepada para petani yang menjalankan usaha pertanian secara sepenuh masa atau separuh masa mahupun sebagai hobi.

Seperti contoh, penanaman herba juga mampu untuk menjana pendapatan lumayan dan kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk mempromosi dan membangunkan industri herba.

Penjualan tahunan industri herba di Malaysia mencecah angka 2 billion ringgit sementara pasaran global pula untuk ubat ubatan pula bernilai USD $12 billion setahun.

Dalam dasar pertanian ketiga negara, tumbuhan ubat ubatan telah dipilih sebagai salah satu komoditi dengan memberi penekanan bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pembangunan bahan bahan mentah untuk kegunaan industri.

Pembangunan industri herba di Malaysia pada ketika ini aktif mempromosikan 3 sektor ekonomi iaitu pertanian, pelancongan dan pembuatan.

Pertumbuhan dalam industri herba sangat berpotensi untuk menambahkan pembangunan sektor peetanian dan perkilangan Sabah.

Sebanyak 1250 spesies dianggarkan dikenal pasti nama saintifiknya dan mempunyai nilai perubatan.

Sebanyak 10 herba yang berpotensi untuk dibangunkan dan diantara spesies tersebut ialah..

Tongkat Ali
Pegaga
Mengkudu
Dikung Anak
Kacip Fatimah
Halia
Misai Kucing
Hempedu Bumi
Mas Cotek
Limau Purut.

Kesemua tumbuhan ini sebenarnya amat mudah ditanam dan ianya boleh dikatakan sesuai untuk semua kawasan di Malaysia.

Jadi disini kerajaan mengalu alukan mereka yang berminat untuk menceburi bidang penanaman herba yang sudah pasti akan memberikan keuntungan kepada para petani.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan