Rabu, 2 Julai 2014

BILA KEPALA BERSARANG LUCAH !!! TAK KIRA BULAN PUASA KE TIDAK !!!

Sakit pulak hati Sangkakala bila lihat ada orang edit gambar seorang makcik ni berniaga kuih yang di gelar sebagai PUKIS tapi di edit menjadi PUKI.


Kepala tu dah bersarang sangat dengan kelucahan sampai barang yang dimakan pun nak disamakan dengan alat kelamin.

Kuih ini sebenarnya dikatakan amat popular di Muar dan kini ianya sudah mula dijual di sekitar Kuala Lumpur dan sepatutnya kita sebagai orang Melayu berbangga ada juadah yang selama ini kita tak tau namanya dan bagaimana rupa bentuknya kini sudah mula ada di pasaran walaupun hanya dalam bulan puasa.

Agak agak le sikit kalau korang bak edit gambar tu, jangan le sampai mengaibkan peniaga tu sama, lagi pun di bulan puasa ni rasanya adalah lebih baik kalau kita melakukan perkara yang baik baik dan bukannya dengan melakuka perkara yang tak berfaedah.

Kepada si tukang edit yang bijak sana tu bawa bawa bertaubat ye, jangan sampai nanti muka kamu pula orang edit jadi b*b* atau apa apa juga yang ak elok di pandang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan