Khamis, 5 Jun 2014

KKM JANGAN PANDANG RINGAN !!! INI BUKAN PERKARA KECIK BEB !! @dairymilk

Sangkakala teringin juga nak bertanya, sejak bila pula Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil berat tentang apa kandungan dalam makanan sedangkan selama ini tidak pula kita dengar KKM pergi menyerbu ke mana mana premis atau kilang pengeluar makanan untuk melakukan pemeriksaan sekiranya tiada laporan daripada orang ramai.

Dalam kes yang melibatkan coklat Cadbury yang dikatakan mengandungu porcine babi dalam dua jenis coklat keluaran syarikat tersebut, Sangkakala agak musykil sikit sebab coklat tersebut dikatakan diambil dari pasaraya tetapi bukan dari kilang dan pegawai Kementerian pula yang mendedahkan maklumat kepada orang ramai hingga membuatkan ianya tergempar diseluruh negara hingga ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas syarikat pengeluar coklat tersebut seperti mana yang Sangkalala tulis dalan artikel sebelum ini.


Kementerian Kesihatan perlu bertanggungjawab secara keseluruhan tentang perkara ini dimana pegawai yang mendedahkan laporan tersebut yang belum tentu disahihkan oleh penyelidik dalam makmal perlu diambil tindakan segera dan Sangkakala amat yakin bahawa Kementerian Kesihatan mungkin telah mengenal pasti pegawai yang bertanggungjawab tetapi membiarkan perkara tersebut dan menunggu masa untuk ianya reda dan dilupakan oleh setiap lapisan masyarakat.

Apa yang lebih merisaukan lagi ialah, perkara seperti ini akan berulang kembali dimasa masa akan datang kerana tidak ada kesetiaan memegang rahsia dikalangan pegawai Kementerian Kesihatan.

Tidak mustahil satu masa nanti lebih banyak produk produk yang dihasilkan oleh golongan bumiputera akan disabotaj dengan perkara perkara sebegini dalam usaha menjatuhkan usahawan Melayu atau bumiputera yang dilihat menjadi pesaing hebat kepada syarikat bukan Melayu.

Berbalik kepada pemeriksaan tadi, adakah KKM diberi kuasa untuk melakukan pemeriksaan keatas coklat atau apa apa juga bahan makanan dan adakah Kementerian Kesihatan mengikut STANDARD OPERATION PROCEDUR atau SOP seperti yang di tetapkan?

Setahu Sangkakala, untuk melakukan pemeriksaan KKM perlu mengambil sample untuk ujikaji bahan tersebut perlu diambil dari pusat pengeluaran atau kilang.

Ada juga sesetengah produk yang didapati telah tamat tarikh luput nya tetapi Kementerian Kesihatan tidak pula mengambil apa apa tndakan sedangkan bagi Sangkakala ianya adalah lebih merbahaya dan boleh mengundang maut sekiranya dimakan diminum atau digunakan oleh pengguna kerana ianya berkemungkinan besar sudah dijangkiti oleh bakteria atau sebagainya.

Tapi kenapa pegawai Kementerian Kesihatan seolah olah mengetahui bahawa dalam coklat cadbury mengandungi porcine babi sedangkan daripada apa yang kita lihat di pasar pasar raya, diatas rak yang menempatkan coklat, ada puluhan jenis coklat dari pelbagai syarikat pengeluar, kenapa hanya cadbury yang menjadi mangsa penyelidikan dan tuduhan yang tidak berasas ini?

Seperti yang dikatakan oleh pegawai JAKIM bahawa SOP JAKIM untuk mendapat kelulusan halal bukanlah satu perkara mudah dan perlu melalui pelbagai proses penyelidikan dan tapisan.

Jadi disini KKM Sangkalala rasa perlu bertindak segera dan tidak cukup dengan hanya memohon maaf kerana sebuah syarikat besar yang mana sahamnya dimiliki oleh bumiputera telah tercemat dan Sangkalala yakin jualan cadbury juga telah merosot dengan ketara.


1 ulasan: