Jumaat, 20 Jun 2014

#DSIS @ismailsabri60 'SUPER' DITUBUHKAN UNTUK HALANG PELANGGARAN UNDANG UNDANG DI PERAIRAN @NajibRazak

Sebuah skuad khas telah ditubuhkan untuk menghalang daripada mereka mereka yang tidak bertanggungjawab dari terus melanggar undang undang melalui lautan.

Ianya juga dapat membantu penguatkuasa lautan dalam membanyeras aktiviti yang merugikan kerajaan melalui jalan laut yang semakin ketara sekarang.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani baru baru ini telah melancarkan skuad tersebut di Pulau Pinang dengan harapan ianya sedikit sebanyak akan memberikan kesan terhadap segala permasaalahan yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang cuba mengambil keuntungan berlebihan tanpa mengira kerugian yang dialami oleh kerajaan.

Melalui National Blue Ocean Strategy atau NBOS skuad ini akan berupaya melakukan intipan dan menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan dan penguatkuasaan.

Untuk mengetahui segala kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini, sila baca DISINI...

Nampaknya mereka yang berkenaan kini agak sukar untuk melakukan kegiatan mereka apabila skuad ini ditubuhkan dan ini membuktikan bahawa kerajaan benar benar serius dalam usaha mengekang perlakuan mereka ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan