Isnin, 9 Jun 2014

ANAK TERBIAR !! IBU DAN BAPA TIRI BERPERANGAI IBLIS

Sangkakala terbaca dalam portal Hmetro yang mana menceritakan dua orang kanak kanak yang terbiar di Kajang.

Baca DISINI

Kedua dua kanak kanak malang itu dikatakan telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan satu laporan polia telah dibuay oleh Jabatan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Menurut jiran jiran keluarga berkenaan, mereka baru sahaja berpindah ke tempat tersebut dan kedua dua ibu bapa kanak kanak tersebut bekerja dan apabila mereka keluar bekerja kedua dua kanak kanak ini tidak diberikan perhatian secukupnya malah kedua duanya merayau dalam keadaan selekeh.

Sedangkan haiwan pun tau sayangkan anak tapi manusia pulak lain perangainya.

Dalam portal tersebut juga mengatakan bahawa jiran keluarga ini melaporka bahawa apabila kedua dua mereka pulang kerumah, bapa tiri kanak kanak ini akan memarahi kanak kanak tersebut dan kedengaran juga suara kanak kanak ini menangis merayu agar mereka tidak dipukul.

Apa yang Sangkakala nampak disini ialah, kedua dua pasangan ini hanya tahu untuk melakukan keseronokan perkahwinan iait seks, dan anak anak pula terbiar.

Bagi si lelaki kalau dah tahu bernikah dengan janda ada anak, jaga le anak tu macam anak sendiri dan kalau nak biarkan macam tu tanpa penjagaan yang sempurna baik tak payah bernikah dengan ibunya.

Si perempuan pula, kalau dah tau anak tu teraniaya takkan dibiarkan macam tu je, tak ke sakit masa lahirkan budak budak tu, sedap sangat ke penangan si jantan tu sampai anak sendiri pun buat tak peduli.

Bila dah ada laporan polis di buat oleh jabatan kebajikan, tau pulak lari dari rumah takut kena tangkap.

Jenis manusia berhati binatang betul la.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan