Selasa, 13 Mei 2014

@NajibRazak @tengkuadnanreal SUA DAN SUK UMNO GAGAL BERI TAKLIMAT PADA ADUN BN TERENGGANU

Selepas perletakan jawatan Menteri Besar Terengganu semalam kita dapat melihat beberapa lagi ADUN Barisan Nasional telah bertindak keluar daripada UMNO termasuk juga dengan mantan Menteri Besar.

Kalau nak diikutkan daripada awalan permasalahan ini wujud, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia rasanya telah diarahkan untuk pergi menyelasaikan perkara tersebut dan kedua dua mereka ini telah bergegas ke Terengganu khabarnya.

Tapi kenapa masih ada yang bertindak keluar dari parti? Apakah taklimat yang diberikan tidak cukup ampuh atau memang dirancang sebegitu?

Sangkakala tidak berasa terkejut dengan apa yang berlaku apabila melihat kedua dua Setiausaha ini bercakap endah tak endah dalam berita yang di siarkan oleh TV3 malam tadi.

Apa yang Sangkakala perhatikan dan andaikan, jika penerangan diberikan secara betul, Sangkakala merasakan bahawa perkara sebegini tidak akan berlaku dan kemungkinan besar ianya dapat dielak.

Tapi oleh kerana yang dihantar untuk berbincang dan memberikan taklimat hanya melepas batok ditangga, maka kekeliruan dan kekalutan telah berlaku.

Jadi disini Sangkakala rasa, ada baiknya jika kedua dua Setiausaha ini yang melepaskan jawatan diatas kegagalan mereka untuk memberikan keyakinan kepada ADUN ADUN dari Barisan Nasional yang lain agar tidak tersalah anggap dengan apa yang berlaku.



2 ulasan:

  1. Wakakakakaka

    Masih nak kucar kacirkan parti. Bangsat betul , blogger ni.

    BalasPadam
  2. Perpecahan berlaku kerana Najib Bodoh dan tidak bertimbang rasa dan tiada budi bicara bila menguruskan permasalahan orang orang Melayu terutamanya

    BalasPadam