Jumaat, 9 Mei 2014

MEMANG DAHSYAT JENTERA SIBER KU NAN

Hahaha..nampak gayanya dah ada yang mula marah bila Sangkakala masukkan gambar yang dikatakan Ku Nan naik jet peribadi untuk melakukan umrah.

Tapi masalahnya ada yang kata dia mampu jadi biarlah dia naik jet tu dan ada juga yang kata Sangkakala ada sifat hasad dengki.


Nampak tak komen yang dibuat oleh mereka yang tak berani nak tunjukkan diri ni?

Boleh pulak kata dia mampu dan kenapa nak bising bising, maknanya betullah gambar tu Ku Nan sedang berada di tangga pesawat untuk naik dan terbang melakukan umrah.

Kalau dah macam tu, tak payah le kita nak bising bising kalau Anwar naik jet peribadi ke mana mana dia nak pegi.

Yang satu lagi tu lagi best, kalau ahli UMNO yang mampu makan sekali sehari jangan cakap banyak banyak, dia mampu kenapa nak bising bising.

Ni lagi satu, sebab ahli UMNO le Sangkakala berbunyi sebab benda ni dah tersebar luas di kawasan Putrajaya dan gambar ni pun disebarkan oleh ketua ketua cawangan Putrajaya sendiri.

Bab makan seki sehari atau sepuluh kali sehari tak timbul, persoalannya darimana Ku Nan dapat duit sebanyak tu untuk sewa jet peribadi atau mungkinkah pesawat tu memang Ku Nan yang punya?

Tapi ada juga yang memberikan komen positif dalam ruangan komen blog Sangkakala.


Tapi komen yang dibawah sekali tu kata tunggu dia balik pastu baru tanya.

Adoiyaiii..dia dah balik pun..tu sebab Sangkakala tanya dalam blog ni, biar Ku Nan bagi pencerahan sikit supaya ianya tidak menjadi fitnah dari mana sumber dia dapat duit untuk sewa jet tu?

Ni gambar dia balik dari Umrah yang juga disebarkan oleh sesama ketua ketua cawangan di Putrajaya.


Kalau nak berikan komen biarlah yang membina, bukan mengampu tak tentu kira, kena ingat kalau macam ni cara pemimpin, yang dipimpin nak jadi apa pulak?



2 ulasan:

  1. hahahahahah...lantak korang lah. Sendiri kasi pecah lobang, lepas tu sendiri kambus! korang jawablah kat SANA nanti...insya-Allah.

    BalasPadam
  2. Kalau Anuwar boleh naik jet peribadi , kenapa Ku nan tak boleh ? Kalau tanya mana Ku nan dapat duit , tanya jugalah mana nuar dapat duit. Sekarang BN memerintah macam macam complain. Cari mana salah pemimpin um no dan BN. Jangan ingat kalau pakatan memerintah benda ini semua tak ada. Lagi dahsyat bro....king of songlap kiri kanan atas bawah semua sapu...

    BalasPadam