Sabtu, 5 April 2014

MALAYSIA HENTIKAN IMPORT BERAS !!! RAKYAT NAK MAKAN APA ??? @ismailsabri60

Kerajaan dikatakan akan menghentikan import beras dari negara Vietnam setelah berhenti mengimport makanan harian rakyat Malaysia itu dari negara Thailand beberapa tahun lalu.

Kalau dah berhenti import beras, rakyat Malaysia nak makan apa? Nak makan pasir ke nak makan batu, ini sudah pasti akan membuatkan rakyat Malaysia kebuluran nanti.

Ayat diatas sebenarnya adalah ayat yang akan digunakan oleh pembangkang jika mereka mendapat berita sebegini.

Tapi apa yang sebenarnya berlaku ialah, kerajaan kerajaan berasa amat yakin bahawa negara dapat mengeluarkan hasil padi dan beras sebanyak 100 peratus menjelang tahun 2020.

Sehingga kini, Malaysia mengeksport 30 peratus bekalan beras bagi kegunaan rakyat Malaysia dan ianya membabitkan kos bernilai lebih dari 1 billion ringgit.




Jumaat lepas, satu memorandum perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama dalam bidang pertanian dan industri asas tani telah ditandatangani dan Negara Vietnam telah mewakilkan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar mereka, Cao Duc Phat.

Majlis menandatangani itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan rasmi ke Vietnam selama tiga hari sejak Khamis, serta Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung.

Memorandum itu membabitkan kerjasama secara menyeluruh dalam bidang pertanian merangkumi sektor perikanan dan penternakan selain pertukaran teknologi dan teknik pertanian serta pembangunan sumber manusia antara Malaysia dan Vietnam.

Ismail Sabri berkata Malaysia berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran beras negara bagi menghapuskan kebergantungan negara kepada import menjelang tahun 2020.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan