Jumaat, 11 April 2014

MAHA 2014 LEBIH MERIAH @ismailsabry60

Pameran pertanian, holtikultur dan agro pelancongan antarabangsa (MAHA) 2014 dijangka akan lebih meriah berbanding dengan MAHA 2012 yang berjaya mengumpul jualan langsung sebanyak 26 juta ringgit berbanding dengan 23 juta ringgit pada tahun 2010.


Menurut Menteri Peryanian dan Industri Asas Tani, Dato Seri Ismail Sabri, pameran dan jualan kali ini akan diadakan secara besar besaran pada bulan November nanti.

Walaupun begitu, pihak kementerian masih belum menetapkan sasaran jualan bagi tahun ini namun kementerian mensasarkan jualan yang besar pada tahun ini.

Pameran MAHA diadakan dua tahun sekali dan kali ini pihak kementerian mensasarkan kehadiran pengunjung seramai 3.5 juta orang sekaligus menjadikan ianya sebagai rekod Malaysia dan akan dimasukkan dalam Malaysian Book Of Record.

Dengan promosi yang agak kuat dan konsisten, Sangkakala yakin pameran dan jualan ini akan berjaya mencapai sasaran seperti mana yang diharapkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan