Jumaat, 11 April 2014

MP KEDAH KENA SEKOLAH PASAL BERAS !!! MALU BEB !! @ismailsabri60

Sangkakala dengar ada sorang ahli parlimen dari Kedah kena sekolah dwngan Datuk Seri Ismail Sabri tentang isu beras.


Gooi Hsiao Leong kononnya nak jadi hero sebab dia MP di negeri Jelapang Padi, kena balun dengan Menteri terua terkedu tak terkata apa.

Akibat cuba berlagak menjadi hero kononnya mahu memperjuangkan nasib petani dan tahu mengenai isu padi, ahli parlimen PKR Alor Setar. Gooi Hsiao Leung dibidas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli parlimen Barisan Nasional (BN).

Malah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said juga menegur Gooi yang tidak mengikut peraturan untuk mencelah tetapi mahu menegur menteri kononnya gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

Bukan itu sahaja, ahli parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom turut menemplak Gooi kerana bercakap seolah tahu apa masalah dan kemelut pesawah yang majoritinya terdiri daripada kaum melayu.

Katanya, ahli parlimen itu bukan tinggal di Alor Setar sebaliknya di Pulau Pinang.


Baca selanjutnya DISINI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan