Ahad, 27 April 2014

@ismailsabri60 #DSIS LEMBU AUSTRALIA BOLEH DISEMBELIH DI MALAYSIA

Kalau dulu negara Australia telah memberikan ketetapan bahawa semua lembu yang di import dari negara tersebut tidak boleh disembelih dinegara ini, sekarang ianya tidak lagi.

Kerajaan telah memberikan keyakinan kepada kerajaan Australia tentang penyembelihan lembu yang di import dari negara terbabit adalah mengikut syarat yang ditetapkan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Seri Ismail Sabri berkata, dengan kebenaran penyembelihan lembu dari negara itu permasaalahan kekurangan daging lembu akan berkurangan dan dapat ditangani dengan lebih baik.

Negara kita mengimport lembu hidup dari beberapa buah negara dan setiap tahun lebih daripada 20 ribu ekor lembu dibawa masuk dan disembelih di pusat penyembelihan jabatan veterina Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Jadi disini nampaknya masalah kekurangan bekalan daging lembu akan dapat diatasi dan rakyat Malaysia tidak perlu risau akan kekurangan bekalan daging tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan