Kita acap kali dengar dari pemimpin pembangkang terutamanya Tian Chua selaku Naib Presiden PKR yang melakukan provokasi dan ada kalanya ia dilihat sebagai ugutan melampau terhadap kerajaan.
Pernahkah anda semua sebagai pembaca tahu apa hukuman yang bakal diterima oleh Tian Chua tentang ugutan untuk menjatuhkan Perdana Menteri dalam masa lima bulan di luar negara?
Gambar dibawah adalah info grafik dan itu adalah hukuman yang bakal diterima oleh Tian Chua jika berada di tiga buah negara tersebut.
Mungkin undang undang negara terlalu longgar hingga membuatkan Tian Chua merasakan bahawa dirinya selamat dari segala tindakan undang undang.
Jika kita lihat dari segi hukuman di ketiga tiga buah negara, India merupakan negara yang amat mengambil berat akan tindakan tindakan melampau sepertimana yang selalu dilakukan oleh Tian Chua.
Hukuman mati pasti menanti jika beliau berada di negara India dan hukuman penjara seumur hidup di United Kingdom serta hukuman penjara 20 tahun di Amerika Syarikat.
Tapi di Malaysia Tian Chua seolah olah kebal dari undang undang dan apa yang menjadi kehairanan pada Sangkakala ialah, beberapa kali laporan polis dibuat keatas Tian Chua namun belum ada memberikan kesan kepada beliau.
Apakah kerajaan tidak mempunyai peguam peguam yang hebat yang mana mampu untuk membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh Tian Chua dan apa yang Sangkakala tahu sudah banyak bukti yang ada termasuklah video video ceramah beliau yang sedikit sebanyak bagi Sangkakala mampu untuk dibawa sebagai bahan bukti pendakwaan keatas beliau.
Tapi mungkin masa belum sampai untuk membukti serta mendakwa Tian Chua hingga membaea kepada penahanan beliau di dalam penjara mengikut akta akta yang ada.
Kerajaan lembik sebab itu fitnah dan ugutan berleluasa
BalasPadam