Selasa, 8 April 2014

#dunselangor @NajibRazak @nohomar SETIAUSAHA DAN TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN TIADA DALAM SIDANG DUN

Sangkakala rasa amat kecewa apabila senior ADUN Barisan Nasional yang merupakan Setiausaha dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan negeri Selangor tiada dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada hari ini.

Sebagai senior atau orang lama dalam Dewan Undangan Negeri sepatutnya kedua dua mereka berada dalam dewan bersama sama rakan rakan lain berbahas atau membawa apa juga isu berkaitan dengan rakyat.

Apa yang Sangkakala nampak pada pagi ini, ucapan menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor oleh ADUN Sekinchan beberapa kali ada disebut tentang langkah Kajang dan ada juga beberapa isu yang membabitkan pilihabraya kecil DUN Kajang.

Memang benar kawasan Kajang tidak dimenangi oleh Barisan Nasional dalam pilihanraya baru baru ni tapi selaku Ketua Bahagian Ulu Langat yang mana DUN Kajang termasuk sekali, sepatutnya sebagai Ketua Bahagian, isu yang dibangkitkan oleh Sekincan dijawab atau disoal oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang juga merupakan Ketua Bahagian Ulu Langat.

Tapi perkara ini tidak berlaku apabila beliau tiada dalam sidang Dewan Undagan Negeri.

Bagi Sangkakala, Barisan Nasional yang hanya memenangi 12 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri memerlukan komitmen kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri untuk berganding bahu dalam menangan8 segala fitnah yang dilemparkan oleh kerajaan Selangor kepada Kerajaan Pusat dan isu isu berkaitan dengan negeri Selangor.

Mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan urusan luar maka kedua dua orang kuat Barisan Nasional Selangor ini tiada dalam dewan.

Ada juga kemungkinan agaknya kedua dua mereka sibuk melayan para tetamu dari luar dan dalam negara hingga membuatjan kedua dua mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Sangkakala nak bagi satu cadangan disini kepada kedua dua ADUN dari Selangor ni, kalau dah terlalu sibuk, penggal depan janganlah merengek lagi untuk menjadi wakil rakyat, bagi la pada mereka mereka yang mampu memberikan komitmen yang tinggi untuk membela keperluan rakyat dan menyanggah fitnah yang dilemparkan oleh kerajaan Selangor kepada kerajaan pusat.

Sangkakala sendiri rasa malu apabila ADUN pakatan di Selangor memperlekeh kerajaan pusat dalam sidang DUN dan ADUN ADUN junior dari Barisan Nasional bertungkus lumus berdebat dalam menjawab segala tohmahan yang dilemparkan.

Kalau hanya perlukan jawatan Sangkakala rasa eloklah berfikir terlebih dahulu, jawatan yang disandang itu adalah amanah dan bukannya tempat untuk menunjukkan gah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan