Rabu, 9 April 2014

#dunselangor ADUN DENGKIL BONGKAR RAHSIA KERAJAAN NEGERI SELANGOR @NajibRazak @nohomar @tunfaisal

Satu persatu kisah kepincangan kerajaan negeri Selangor dan ketidak upayaan mentadbir negeri dengan baik di bongkarkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri semalam.

Salah satunya apabila exco yang bertanggungjawab menjawab soalan salah seorang ADUN pembangkang dari Barisan Nasional kawasan Dengkil.

Yb Shahrom semalam bertanya tentang skim perumahan yang dicanangkan oleh kerajaan negeri Selangor yang mana mereka mengatakan bahawa ianya adalah lebih hebat daripada apa yang dibuat oleh kerajaan pusat.

Namun apabila exco kerajaan negeri teraebut menjawab soalan, maka terbongkarlah rahsia dimana yang pertama terdapat banyak rumah kediaman yang tidak dapat dijual kerana ketiadaan pembeli.

Alasan yang diberikan ialah kawasan tidak strategi yang mana Sangkakala agak munhkin terlalu jauh dari kawasan bakal pembeli bekerja dan munhkin juga ianya agak pendalaman sedikit.

Ikuti video dengan klik gambar dibawah...


Begitu juga dengan diskaun sebanyak 6 ke 7 peratus yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada kaum bumiputera juga dikatakan tidak ada, jadi semua rumah harganya sama rata.

Exco kerajaan ini juga mengatakan bahawa sudah terlalu banyak subsidi yang diberikan kepada bakal pembeli berbanding daripada kerajaan Barisan Nasional.

Bagi Sangkakala, kalau nak diikutkan dari segi subsidi, banyak lagi yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional contohnya kawalan harga besi dan simen bagi penbinaan sesebuah rumah cuma ianya tidak dihebahkan kepada umum dan mungkin ada rakyat yang sedar akan perkara ini.

Tapi walau apa pun, itu juga merupakan satu kerugian buat kerajaan negeri Selangor dan kerugian ini sebenarnya adalah kerugian duit rakyat Selangor tetapi ianya tidak didedahkan kepada umum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan