Isnin, 21 April 2014

BIADAP !!! FACEBOOKER PAKATAN SAMAKAN KARPAL DENGAN SULTAN @PDRMsia

Nampak gayanya semenjak kematian Pengerusi DAP Kebangsaan dalam kemalangan maut di lebuhraya utara selatan dekat Gua Tempurung beberapa hari lepas, makin ramai pengikut pakatan yang mula bertindak biadap.

Sangkakala kata begitu apabila ada diantara mereka yang kini mula menyamakan Karpal dengan Raja Raja Melayu.

Seperti gambar dibawah, facebooker Tajol Ariffin Omar menyamakan apabila ramai yang mempertikai perbuatan Anwar Ibrahim dan Mat Sabu yang memverikan tunduk hormat keatas mayat mendiang Karpal.

Apa yang lebih menyedihkan ialah, facebooker ini telah menyamakan tindakan Anwar dan Mat Sabu dengan perbuatan mengangkat sembah terhadap Sultan dan Raja Raja Melayu.


Persoalannya disini ialah, adakah pemilik akaun ini sedar bahawa kebanyakan kaum bukan Melayu hanya akan tunduk hormat apabila berjumpa dengan Sultan atau Raja Melayu dan mereka ini tidak akan mengangkat sembah terhadap Raja Raja dan Sultan Sultan Melayu ini.

Jika perkara ini tidak dikaji terlebih dahulu, Sangkakala berani mengatakan bahawa tahap pendidikan mereka ini berada di bawah paras beku yang mana otak mereka mereka ini tidak mampu untuk berfikir dengan baik.

Sangkakala ingin mengambil perhatian disini bahawa dari apa yang Sangkakala perhatikan dari penulisan facebooker ini, Sangkakala menyimpulkan jika perkara ini tidak dibendung maka penghormatan terhadap Sultan dan Raja Melayu tidak akan dilakukan lagi.

Ini kerana, dengan kenyataan sebegini, ianya akan mengelirukan dan boleh juga Sangkakala simpulkan disini bahawa pemilik akaun ini sebenarnya sedang menghasut supaya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tidak lagi mengangkat sembah kepada Raja apabila ianya telah disamakan dengan perbuatan tunduj hormat terhadap mayat mendiang Karpal Singh.

Disini Sangkakala memohon supaya pihak keselamatan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang kegiatan sebegini dari terus berlaku.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan