Jumaat, 14 Mac 2014

TRAGEDI | #pray4mh370 IBRAHIM MAT ZIN NAK TAMPAR @khairykj @tunfaisal

Wahh..nampaknya marah sangat Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin pada YB Khairy Jamaluddin sebab dikatakan mendesak anggota keselamatan dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap beliau yang menimbulkan kontroversi berdayung diatas tikar di KLIA baru baru ni.

Kontroversi ini dilakukan oleh beliau kerana kononnya untuk mengesan Pesawat MAS MH370 yang hilang dari radar kira kira seminggu lepas.

Klik gambar untuk video

Kalau didengar balik apa yang dikatakan oleh Raja Bomoh Sedunia ni, dia kata jangan sampai dia tampar muka Khairy macam dia tampar buaya satu masa dulu yang kononnya buaya tersebut mati.

Betul ke dia tampar buaya sampai mati? Dimana kejadian tersebut berlaku? Dan pada tahun bila? Ada ke bukti bukti bagi menguatkan dakwaan beliau selain daripada bukti bertulis?

Kalau takde tak payah nak bersembang lebih lebih Datuk, Arwah Wak Neh di Kampung Bahagia Teluk Intan tu pun salah sorang guru Datuk dulu dah kata, takde sorang anak murid dia yang khatam segala ilmu yang ada pada dia.

Begitu juga dengan arwah Yop Baharom Pawang Diraja yang menetap di Teluk Intan pun kata benda yang sama, macam mana pulak Datuk boleh dapat gelaran Mahaguru dan juga Raja Bomoh sedunia tu?

Khairy cuma meluahkan kebimbangan sahaja tambahan pula Datuk Ibrahim ni pernah ditangkap dan kalau tak silap pernah dipenjarakan sebelum ini dan utu sebab nama Ibrahim Mat Zin hilang sementara waktu dan kini muncul kembali.

Jadi disini Sangkakala setuju kalau ilmu perubatan yang diamalkan oleh Ibrahim Mat Zin aka Bomoh tikar pandan terbang ni supaya disiasat tambahan lagi bagi Sangkakala ianya adalah perkara yang memalukan negara seolah olah sudah tidak ada cara lain untuk kita mengesan pesawat MH370.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan