Ahad, 16 Mac 2014

#prayformh370 #MH370 PAKATAN MULA GELISAH BILA DIKAITKAN DENGAN PILOT

Sangkakala terbaca dalam SINAR  yang mana sudah ada yang mula mengaitkan hubungan diantara parti PKR dengan Juruterbang pesawat MAS MH370.


Antara yang tampil memberikan kenyataan menyangkal bahawa PKR terbabit dalam insiden kehilangan pesawat tersebut seperti Tian Chua dan Sivarasa.

Tian Chua mengatakan bahawa beliau tidak menolak bahawa juruterbang tersebut adalah ahli PKR dan beliau mengatakan bahawa kapten Zaharie adalah ahli biasa PKR dan bukannya aktivis.

Pandai pula Tian Chua mengatakan ini adalah isu keselamatan dan tidak wajar dipolitikkan sedangkan dalam ceramah ceramau beliau dalam tempoh kempen pilihanraya N25 DUN Kajang,  Tian Chua bersama sama dengan pemimpin pakatan yang lain berapi api mengatakan masalah ini adalah kegagalan kerajaan, itu b8kan dipolitikkan ke?

Sivarasa pula mengatakan bahawa Kapten Zaharie adalah seperti sejuta ahli PKR yang lain dan mendesak supaya berita berita seperti ini tidak disebarkan.

Bagi Sangkalala pula, bagaimana dengan fitnah pembangkang yang mengatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang sentiasa berusaha dalam usaha mencari dan menyelamat gagal, lambat bertindak, tidak telus dan sebagainya dan mereka sebarkan fitnah ini di khalayak ramai?

Adakah mereka (pembangkang) ada memikirkan perkara ini dan adakah mereka berhenti daripada memfitnah kerajaan dalam isu MH370.

Berita yang mengaitkan juruterbang pesawat tersebut dengan telah disebarkan oleh sebuah akhbar tabloid dari Britain dan mereka mengatakan bahawa Kapten Zaharie telah pergi dan berada di mahkamah dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun, dan keesokannya pesawat tersebut hilang dari radar.

Sangkakala taknak buat apa apa spekulasi tentang juruterbang pesawat tersebut dengan kehilangan pesawat tapi apa yang Sangkakala ingin tekankan disini ialah pembangkang jangan sesekali mempersendakan mana mana pihak dalam usaha mencari dan menyelamat sedangkan apabila pakatan dikaitkan dengan sedikit hal, semua dah mula melompat.


2 ulasan:

  1. Memang betul dah jadi katak dah...terlompat lompat sana sini tak tentu arah...kalau disumpah jadi katak betul lagi bagus...

    BalasPadam
  2. Jadi katak butul lagi bagus...

    BalasPadam