Rabu, 5 Mac 2014

ARTIKEL | TUN FAISAL AKAN SAMAN BLOGGER GREENBOC SEBAB FITNAH

Kahkahkah..berguling Sangkakala gelak bila baca artikel blogger greenboc yang memuat naik gambar Tun Faisal Ismail Aziz yang dikatakan telah diperintah untuk membayar saman sebanyak RM 50 Ribu kepada Husam Musa.


Penulis blog tersebut mendakwa gambar yang dimuat naik tersebut adalah gambar Faisal Rohban Ahmad sedangkan itu gambar Tun Faisal bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Sangkakala masukkan kembali apa yang ditulis oleh blogger yang kononnya sentiasa dengan kebenaran dan keadilan ni.

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini menolak tuntutan Husam terhadap seorang blogger, Faisal Rohban Ahmad yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF). 

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backermemutuskan bahawa bukti yang dikemukakan oleh Husam sepanjang perbicaraan mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut.

Mahkamah seterusnya membatalkan semua perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini termasuk perintah mengenai kos.

Selain itu, mahkamah memerintahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada Husam sebagai perayu.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengarahkan jumlah gantirugi ditaksirkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.


Husam diwakili peguam Gurbachan Singh, Rueben Netto, Hisham Fauzi dan Ahmad Mustaqim manakala responden diwakili oleh Adzly Ab Manas dan Sallehuddin Bajuri.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak saman Husam terhadap Faisal kerana tidak dapat mengesahkan sama ada defendan adalah penulis dalam blog RBF itu.

Husam menyaman Mohd Faisal Rohban Ahmad, 37, berikutan penyiaran artikel bertajuk ‘Husam & Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta’, di ruangbicarafaisal.blogspot.com pada Sabtu, 3 Oktober, 2009.

Antara kenyataan fitnah itu termasuk menyatakan plaintif sengaja berkonspirasi dan berkomplot dengan satu pihak ketiga untuk memberi 4,000 hektar tanah kawasan balak kepada seseorang bernama Tamrin Ghaffar.

Balak itu cuba dijual kepada seorang tauke dengan harga RM25 juta. Pembahagiannya pula adalah plaintif sebanyak RM10 juta, pihak ketiga pula RM10 juta dan PAS Pusat RM5 juta.


Plaintif mendakwa, keseluruhan artikel tersebut juga sengaja memfitnahnya dengan mengatakan kawasan balak berkenaan tidak dapat dijual dengan harga RM25 juta dan hanya dijual pada harga RM15 juta dan wang tersebut dibahagikan; plaintif mendapat RM5 juta, pihak ketiga RM6 juta dan PaS Pusat RM3 juta. – TMI

ULASAN GB

Orang yang memfitnah tidak akan terlepas dari hukuman Tuhan. Itulah adalah hukum kebenaran dan keadilan.

Bukankah GB sudah ulas sebelum ini... petikan:

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno juga akan binasa. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!

Ewah ewah...sedapnya menulis ye, sampai tak hingat dunia.

Lepas ni nampak gayanya Tun Faisal pulak akan failkan saman keatas penulis blog bangang ni.

Sangkakala cuma nak bagi tau pada penulis tersebut, itu gambar TUN FAISAL ISMAIL AZIZ..Sangkakala ulang lagi sekali TUN FAISAL ISMAIL AZIZ..kalau tak nampak biar Sangkakala hitamkan agar terang sikit.

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

Nampak ke tulisan diatas tu? Atau memang buta nak kata sesuka hati.

Apa lagi Tun Faisal, saman le penulis ni, kita tengok dia mengelupur ke tidak? Untuk bukti Sangkakala dan printscreen simpan untuk dijadikan bukti di mahkamah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan