Ahad, 2 Mac 2014
ACARA | PROGRAM #ApaKabarBro BUKTI PEMUDA MASIH PRIHATIN
Satu program turun padang telah dilakukan oleh biro Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) Pergerakan pemuda UMNO Malaysia semalam yang diketuai oleh pengerusinya sendiri YB Saudara Anwar Manap.
Dalam program yang dilakukan di kawasan Batu 10 Cheras dan ianya telah mendapat sokongan dari beberapa egensi dan jabatan kerajaan.
Tujuan utama HELB turun ke kawasan tersebut adalah untuk mengenalpasti janji janji yang masih belum tertunai dan seterusnya menunaikan janji janji tersebut.
Pengerusi HELB juga telah menghulurkan bantuan berupa sumbangan kepada orang ramai bagi membantu mereka membaiki kediaman yang sudah agak usang.
Ini juga telah membuaykan beberapa orang warga emas menitiskan air mata kerana terharu apabila memikirkan masih ada pemimpin pemimpin muda sanggup turun untuj menghulurkan bantuan.
Tahniah kepada HELB yang telah menjayakan program tersebut dengan begitu baik sekali.
Untuk melihat gambar gambar sepanjang program boleh klik DISINI. .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan