Selasa, 18 Februari 2014

TIADA REKOD KEMATIAN DILAPORKAN

Sangkakala ada seorang rakan yang merupakan bekas seoramg pegawai polis yang telah pun berpencen.

Sangkakala ada bertanya kepada beliau, sepanjang beliau berkhidmat puluhan tahun bersama sama pasukan polis, apakah perkara pelik yang beliau pernah rasakan.

Jawapan yang Sangkakala terima amat sempoi sekali dan penuh bersahaja apabila beliau memberitahu bahawa yang paling pelik ialah tiada laporan kematian bagi anak anak dari golongan orang cina.

Sangkakala bertanya sekali lagi sama ada beliau bergurau atau ini benar benar berlaku dan sahabat Sangkakala mengatakan bahawa perkara itu memang benar berlaku.

Sepanjang beliau berkhidmat selama beberapa puluh tahun, beliau tidak pernah menerima laporan kematian kanak kanak dari kaum cina.

Kita semua tahu bahawa setiap kematian perlu dilaporkan ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

Pelik juga kan? Takkan tiada langsung kematian yang melibatkan anak anak dari kaum cina dalam Malaysia ni, takkan semuanya hidup.

Persoalan yamg berlegar di kepala Sangkakala ialah, mana mana kaum sekali pun mesti ada laporan kematian dan memohon permit untuk upacara pengkebumian tapi kenapa rakan Sangkakala ini mengatakan beliau tidak pernah menerima sebarang laporan kematian kanak kanak cina?

Dan yang pelik lagi sekarang ini ialah peningkatan jumlah orang orang cina berbanding dengan Melayu dan juga India sedangkan populasi pada asalnya dikuasai oleh orang Melayu.

Mungkinkah ada pertukaran dibuat sekiranya ada kematian kerana sijil kelahiran tidak mempunyai apa apa bukti yang mengesahkan bahawa ianya dimiliki oleh kanak kanak tersebut dan kemungkinan untuk melakukan pertukaran sijil kelahiran Sangkala rasa adalah tidak mustahil berlaku.

Apa apa pun pihak berkuasa perlu meneliti perkara ini dengan lebih mendalam agar kerakyatan negara ini tidak dipalsukan oleh sesetengah pihak yang kemungkinan besar mempunyai agenda tersendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan