Ahad, 16 Februari 2014

#PRKKajang #Kajang KANTOI !!! ANWAR SETUJU DENGAN ISA !!! ITU FAKTA

Nampaknya Anwar terkangkang lagi sekali apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mendedahkan bahawa beliau turut sama terlibat dalam ops Lalang (ISA) yang pernah dijalankan oleh kerajaan satu masa dulu.


Anwar berada dan berjawatan dalam kabibet kerajaan pada ketika ops lalang dijalankan dan sekiranya beliau tidak bersetuju dengan operasi tersebut, beliau boleh membuat bantahan atau seterusnya meletakkan jawatan kerana tidak sehaluan, itu sepertimana yang dikatakan oleh Tn Mahathir.

Tapi apa yang dilakukan oleh Anwar ialah, beliau terus berada dalam kabinet dan sekarang barulah Anwar mengatakan bahawa beliau adalah orang yang diturunkan untuk membantu rakyat Malaysia dalam menentang undang undang kejam kononnya.

Dimana kekejaman ISA? Jika tidak melakukan sebarang kesalahan, maka tidak ada apa yang perlu ditakutkan sebenarnya.
Berbalik kepada Anwar Ibrahim, kenapa beliau sekarang ini beliau beriya iya sangat memperjuangkan ISA supaya dimansuhkan dan desakan ini telah membuatkan akta tersebut dimansuhkan dan kini sebagai timbal balik dengan desakan mereka, semua kesalahan yang dulunya melibatkan akta ini tidak dapat dijalankan perundangannya dan sudah jelas dimana Anwar serta kuncu kuncunya membuat desakan ini untuk kepentingan mereka dalam menyebarkan fitnah dan sebagainya.

Jadi fikir fikirkanlah, Anwar akan menunjukkan segala kebaikan diri beliau walaupun beliau tidak sebegitu demi untuk mencapai cita cita politik dan dendam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan