Jumaat, 28 Februari 2014

POLITIK | KHALID BUKTIKAN ANWAR GAGAL JADI PENASIHAT YANG BAIK !!!

Sejak dua hari lepas heboh didalam media tidak kira media cetak atau elektronik dan media sosial berita tentang perjanjian persefahaman diantara kerajaan Selangor dengan kerajaan Pusat tentang penyelesaian masalah projek Langat 2.


Ini adalah satu perkembangan baik sebenarnya untuk kepentingan rakyat Selangor yang mengalami masalah kekurangan air sehingga membuatkan beberapa kawasan mengalami gangguan ketiadaan air selama berminggu minggu dan catuan air juga dibuat di beberapa kawasan di sekitar negeri Selangor.

Namun dengan termeterainya perjanjian tersebut,  diharap dimasa akan datang tidak akan ada lagi gangguan air tahap kronik sepertimana yang berlaku sekarang.

Sangkakala suka memandang dari sudut lain dalam kes ini sebenarnya.

Apa yang Sangkakala nampak perjanjian yang ditandatangani ini jelas membuktikan bahawa Anwar Ibrahim yang dikatakan pakar ekonomi dilantik sebagai penasihat ekonomi Selangor sekaligus gagal menjalankan tanggungjawab beliau sehingga membuatkan Menteri Besar menandatangani perjanjian itu dengan dikatakan tanpa merujuk kepada Anwar.

Mungkin perkara ini berlaku apabila Khalid melihat kesengsaraan rakyat apabila kegagalan Anwar memberikan nasihat yang berguna telah membuatkan rakyat menderita.

Majlis menandatangani perjanjian juga dilihat tidak dihadiri oleh Anwar selaku 0enasihat sekiranya ada dakwaan yang mengataoan bahawa ianya adalah nasihat daripada Anwar Ibrahim maka perjanjian itu ditandatangani.

Khalid telah membuat satu tindakan yang tepat kali ini apabila menggunakan budibicara akal fikiran sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana mana pihak.

Kita semua maklum bahawa Anwar akan menggunakan segala cara untuk menjayajan perancangan beliau menakluki Malaysia tanpa memikirkan kesengsaraan rakyat.

Mungkin itu juga menjadi salah satu sebab mengapa kerajaan Selangor terlewat menandatangani perjanjian untuk menyambung projek Langat 2.

Kini semua sudah nampak, apabila Anwar cuba untuk menggugat kekuatan Khalid dan Khalid sendiri sudah nampak akan keadaan ini maka dengan pantas Khalid menandatangani perjanjian tersebut kerana jika Khalid tidak melakukan atau menandatangani perjanjian ini maka akan terjadi masalah lebih besar jika Anwar atau proksi beliau menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan