Jumaat, 7 Februari 2014

PERMAINAN TERESA KOK MENENTANG KERAJAAN !!! RAKYAT DIHERET SAMA

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Teresa Kok dalam pembikinan video 'onedefull Malaysia' baru baru ini ianya tetap bersikap biadap dan kurang ajar.

Apa yang Sangkakala nampak, Teresa Kok tidak menujukan apa yang tersirat didalam video tersebut kepada rakyat Malaysia tetapi ianya ditujukan kepada kerajaan dengan niat untuk menghina serta niat untuk memburukkan kerajaan dimata masyarakat, disamping itu juga Teresa dilihat cuba menghina Agung dengan kenyataan yang ada dalam dialog video tersebut.


Teresa juga sebenarnya mencabar kedudukan Raja Raja Melayu dengan membuat video tersebut.

Kenapa Sangkakala kata macam tu?

Yang pertama, Teresa telah bertindak menakut nakutkan rakyat yang kononnya jika pergi ke Sabah anda akan dapat melihat lanun dan kejadian tembak menembak serta penculikan.

Sempena tahun melawat Malaysia seperti sekarang, apa niat Teresa Kok menyebut kenyataan tersebut dalam video tu? Ianya tidak lain dan tidak bukan untuk memberikan persepsi negatif tentang Malaysia di mata masyarakat serta para pelancong asing mahupun tempatan.

Yang kedua pula, Teresa ada menyebut tentang lanun, adakah lanun berleluasa di negara ini? Kenyataan Teresa seolah olah menunjukkan bahawa kegiatan lanun di negara ini tidak mampu dikekang oleh pasukan keselamatan yang rata ratanya menggunakan istilah DIRAJA MALAYSIA.

Dengan kenyataan tersebut, jelas menunjukkan bahawa Teresa sedang berperang dengan kerajaan serta Agung dan rakyat yang tidak berpuas hati dengan tindakan Teresa telah bertindak dengan membuat laporan polis dan sebagainya.

Teresa sengaja mengheret rakyat dalam isu ini untuk mendapat simpati daripada pengundi walaupun sedar bahawa rakyat sebenarnya tidak perlu diheret untuk sama sama terjebak dalam isu video yang dihasilkan.



1 ulasan:

  1. Spin terlalu songsang dah. Semakin nampak bodoh Dan bangang.

    BalasPadam