Khamis, 6 Februari 2014

PANAS !!! PENDUDUK SUBANG PERDANA DAKWA MBSA CEKIK DARAH

Hari ahad yang akan datang satu program gotong royong akan dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dengan penduduk di Subang Perdana.



Rata rata penduduk kawasan tersebut mengeluh kerana mereka seolah oleh dipaksa untuk membersihkan kawasan perumahan sendiri sedangkan pihak MBSA telah memberikan tender pembersihan kepada kontraktor untuk melaksanakan kerja tersebut.

Apa yang menjadi rungutan ialah, penduduk merasakan kegagalan kontraktor pembersihan ini untuk menjalankan tugas seolah olah tidak memberi apa apa kesan kepada MBSA yang bertindak memunta supaya gotong royong diadakan dikawasan tersebut.

Bagi Sangkakala pula, amat mudah kontraktor pembersihan ni dapat duit, buat kerja lebih kurang, lepas tu bila tak boleh selesai minta PBT buat gotong royong kononnya nak mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk.

Sangkakala tak rasa dengan program sebegitu dapat mengeratkan silaturahim kerana ianya dibuat seperti menutup bangkai gajah.

MBSA telah mengenakan cukai pintu yang agak melampau dan baru baru ini ianya telah dinaikkan namun kerja kerja pembersihan kawasan perumahan tidak berbaloi dengan pembayaran yang dibuat.

Itu yang menjadi rungutan kepada penduduk, kalau dah sendiri cuci, lebih baik tak payah bayar cukai pintu dan tak perlu lantik kobtraktor pembersihan.

Sangkakala masih ingat lagi bagaimana kerajaan negeri Selangor telah bertindak membeli 50 buah lori sampah pada tahun 2012 untuk kontraktor kontraktor kroni mereka ini dan ianya menjadi perbualan hangat satu masa dulu.


Cuba bayangkan betapa beruntungnya kroni kroni yang menjalankan kerja membersihkan kawasan ni, lori disediakan, bayaran dibuat setiap bulan, tapi kesudahannya penduduk terpaksa membersihkan kawasan perumahan secara bergotong royong.

Dalam kes ini Sangkakala menyalahkan Dato Bandar Shah Alam dan kerajaan Selangor yang tidak peka dengan permasaalahan sekeliling terutamanya penduduk.

Kebajikan mereka terabai, malah tekanan demi tekanan diberi kepada mereka dengan pelbagai cara dan salah satunya ialah kenaikan harga cukai pintu yang dibuat oleh MBSA dan kerajaan negeri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan