SPR hari ini telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi pengundian dalam pilihanraya kecil (PRK) N25 Kajang pada 11 Mac dan tarikh pembuangan undi pula pada 23 Mac 2014.
Semalam YB Senator Datuk Nalakarupan telah menawarkan diri untuk bertanding di Kajang bagi menghadapi Anwar.
Rasanya ini tepat kalau dilihat dari sudut siapa yang mampu untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim di Kajang.
Datuk Nala pernah menggemparkan negara dengan kenyataan beliau mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan ada hubungan terlarang diantara Anwar dengan isteri Azmin Ali iaitu Shamsidar.
Dan ada juga berita yang mengatakan bahawa anak pertama Azmin adalah hasil dari hubungan Anwar dengan isteri beliau.
Mungkin Kajang akan menjadi pentas pertama pertembungan antara dua sahabat ini dan Nalakarupan sudah tentu ada alasan tersendiri mengapa beliau menawarkan diri untuk bertanding.
Sangkakala sendiri ada mendapat beberapa cadangan supaya calon heavyweight diturunkan ke PRK kali ini kerana yang akan bertanding ialah pemimpin yang penuh kontroversi dalam PKR.
Dengan pencalonan Dato Nalakarupan juga rasanya akan membuatkan Anwar bertambah gelisah kerana segala rahsia beliau akan dibongkarkan oleh Dato Nalakarupan dan sepertimana yang kita semua ketahui, Nala berani untuk bersumpah bahawa beliau pernah mendengar yang Anwar dan Shamsidar melakukan hubungan sulit di dalam bilik yang mana pada ketika itu beliau berada di luar pintu bilik tersebut.
Adakah kemungkinan seperti mana yang dikatakan oleh Datuk Zulkifli Nordin bahawa Anwar cukup risau jika orang yang tahu serba serbi tentang kehidupan beliau akan menjadi pesaing beliau nanti dan jika ianya benar maka Dato Nalakarupan adalah calon paling sesuai diletakkan untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim.
sumpah dan saksi orang kafir yang menuduh orang islam berzina tidak terpakai dalam islam
BalasPadam