Selasa, 11 Februari 2014

JABATAN MEDIA SOSIAL HANYA TINGGAL NAMA @NajibRazak @tengkuadnanreal

Sangkakala dapat perkhabaran bahawa sehingga kini Jabatan Media Sosial tidak lagi dapat dilaksanakan ekoran beberapa kekangan.

Dan menurut beberapa orang yang agak kuat memperkatakan tentang JMS ini seperti Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri sendiri ianya masih belum dilaksanakan dan orang yang hendak dipertanggungjawabkan Jabatan ini masih belum ada lagi.

Persoalannya sampai bila Jabatan ini akan hanya menjadi bahan bualan dikalangan penggiat media? Nak tunggu sampai pilihanraya akan datang?

Bagi Sangkakala, Setiausaha Agung sendiri tahu siapa yang menyediakan kertas kerangka kerja dan sepatutnya orang tersebut diberi peluang untuk mengepalai jentera siber melalui Jabatan Media Sosial.

Tapi kalau masih lagi menunggu dan menunggu rasanya apa yang akan berlaku ialah kegagalan sekali lagi jentera siber dalam mempertahankan kerajaan.

Bukan itu sahaja, akan adalah nantipak pak menteri yang menuding jari mengatakan bahawa jentera siber ini tidak bersatu dan berpecah belah.

Jika tidak ada usaha untuk menyatukannya bagaimana mereka hendak bersatu?

Seperti sekarang, Sangkakala masih meneruskan usaha bersama sama rakan rakan penggiat media dalam Unit Media Baru PPUM dulu yang diketuai oleh Tun Faisal tetapi diberi nafas baru.

Kalau perkara sekecil ini masih tidak mampu untuk diselesaikan, bagaimana pula dengan perkara yang lebih besar?

Terpulanglah kepada kepimpinan, kami dalam UMBX tetap akan menjalankan tugas kami seperti biasa dibawah seliaan Tun Faisal.

Nanti Sangkakala tulis lagi..ini hanya permulaan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan