Ahad, 23 Februari 2014

EKONOMI | TUN DAIM TERKELUAR SENARAI ORANG PALING KAYA

Pelik tapi benar, itu adalah ungkapan yang paling sesuai yang Sangkakala ajukan apabila tokoh korporat yang juga merupakan tokoh politik tidak tersenarai dalam list orang paling kaya di Malaysia.

Persoalan yang ditujukan oleh Ketua AMK PKR, YB Shamsul Iskandar dalam dewan parlimen juga membuatkan orang ramai tertanya tanya kenapa Tun Daim tidak tersenarai dalam kalangan 40 orang paling kaya dalam negara?


Rasanya seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Tun Daim memang salah seorang usahawan Melayu yang berjaya dan boleh dikatakan kekayaan beliau seperti memiliki kapal di laut gudang didarat tapi dengan tidak menyenaraikan nama Daim sebagai salah seorang diantar 40 orang paling kaya macam ada yang tak kena je.

Kalau betul perkara ini berlaku, kenapa Daim dikecualikan dari tersenarai, kenapa perlu takut untuk mengemukakan kekekayaan sendiri dimata dunia?

Bagi Sangkakala, kekayaan Tun Daim perlu di jelaskan supaya menjadi ikutan atau paling tidak memberikan semangat kepada rakyat Malaysia yang lain untuk mengikut jejak langkah beliau.

Sedangkan anak sulung kepada mantan Perdana Menteri juga disenaraikan tetapi tidak bagi Tun Daim dan itu sekarang ini telah menjadi tanda tanya mengapa, kenapa dan sebab apa?

Takkan Tun Daim kini sudah jatuh miskin atau bankrap sehingga nama beliau terkeluar dari senarai orang paling kaya dan itu adalah amat mustahil.

Mungkin ada sesuatu yang tersembunyi hingga namanya tidak disenaraikan dan ianya masih menjadi tanda tanya.

Sila baca DISINI dan pembaca semua akan dapat maklumat lebih lanjut tentang persoalan ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan