Selasa, 4 Februari 2014

BEKAS ADUN KAJANG BODOH !!! ANWAR SUDAH NAIK ANGIN

Nampaknya hasrat Anwar yang sebenar telah gagal kali ini akibat dari kebodohan bekas ADUN PKR kawasan Kajang yang meletakkan jawatan beliau baru baru ni.


Mungkin ada yang sudah terlupa bahawa Anwar dihalang untuk memasuki Jepun kerana gagal menunjukkan visa lawatan beliau ke negara tersebut.

Lawatan Anwar ke Jepun juga mungkin ada kaitan dengan perletakkan jawatan bekas ADUN Kajang ini.

Sangkakala menjangkakan bahawa lawatan Anwar ke negara Jepun bukanlah hanya sekadar memenuhi jemputan untuk satu persidangan, tetapi lebih kepada mencari dana untuk menghadapi pilihanraya kecil.

Mungkin juga ianya tidak diketahui oleh bekas ADUN Kajang ini dan beliau meletakkan jawatan seperti mana yang telah dirancang.

Untuk mengadakan atau menghadapi satu pilihanraya kecil bukanlah perkara mudah dan sudah pastinya banyak belanja atau modal yang diperlukan.

Adalah tidak mustahil sekiranya Anwar pergi ke Jepun atas urusan untuk mencari dana tersebut sebelum perletakkan jawatan ADUN Kajang tetapi apabila dihalang untuk memasuki negara itu, maka ianya sedikit sebanyak menggangu urusan Anwar.

Mungkin juga sesuatu telah diberikan kepada bekas ADUN Kajang hingga membuatkan beliau meletakkan jawatan seterusnya menghilangkan diri dan dengar cerita, beliau kini berada di luar negara kerana tidak mahu di soal siasat oleh mana mana pihak dalam negara ini.

Bukan mudah untuk mendapatkan tiket penerbangan ke luar negara dan nampaknya kes ini telah dirancang dengan begitu rapi tetapi mahu atau tidak, berjaya atau tidak Anwar mendapatkan dana untuk pilihanraya tersebut, ianya tetap perlu dilakukan oleh PKR.

Tapi seperti yang diluahkan oleh pemimpin parti pakatan mereka bahawa Anwar tidak membincangkan perkara tersebut terlebih dahulu dan melakukannya tanpa pengetahuan pula telah menyebabkan PKR kini dilanda masalah apabila parti yang bersama mereka seolah olah tidak mahu terlibat sama dalam kempen di Kajang nanti.

Seperti yang berlaku malam tadi, jentera parti yang dirasmikannoleh Anwar tidak menampakkan bahawa ada penglibatan dari PAS mahupun DAP.


Seperti gambar yang Sangkakala tunjukkan diatas, tidak ada bendera parti dalam pakatan mereka yang digantungkan, cuma yang ada hanyalah bendera PKR.

Adakah PKR mengambil keputusan untuk bergerak sendirian dalam pilihanraya kali ini setelah parti Pakatan mereka seperti PAS dan DAP tidak mahu memberikan kerjasama seperti sebelum ini?

PKR khususnya Anwar Ibrahim memang suka mengambil pendirian membelakangi parti PAS serta DAP dan kali ini yang paling teruk terkena tempiasnya adalah PAS sendiri.

Walaupun mempunyai kerusi sama banyak dengan DAP dan meninggalkan PKR dengan beberapa kerusi kebelakang, tapi mereka (PAS) masih tidak mampu untuk meletakkan Menteri Besar dari parti mereka.

PKR telah mendominasi kerajaan Selangor dengan kerusi yang amat sedikit berbanding PAS dan PAS sendiri tidak mampu untuk berbuat apa apa dengan kerusi yang ada, cuma yang mampu hanyalah melihat bagaimana PKR meratah hasil negeri Selangor sewenang wenangnya.

Walaupun ada kecaman terhadap PKR dan Anwar oleh PAS, namun keputusan Anwar seolah oleh melebihi suara akar umbi PAS itu sendiri dan suara daripada ahli PAS seolah olah tenggelam dengan kuasa yang ada pada Anwar Ibrahim.

Apa nak jadi le dengan PAS yang tidak berkesudahan menjadi kuda tunggangan PKR dan Anwar Ibrahim, begitu juga dengan DAP yang hanya menggunakan PAS demi untuk mendapatkan undi daripada ahli PAS namun tidak akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada parti tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan